tetibe terase macam nak menulis sesuatu setelah lama asyik meng'copy' dan meng'paste' artikel dari tempat lain. Isu? Isu lapuk sebenarnya. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI).
___________________________________________________________________________________ PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) : Dari Pandangan Seorang Pelajar
Malaysia mula menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi dua subjek teras iaitu Sains dan Matematik mulai 2003 di bawah dasar Tun Dr Mahathir Mohammad. Sejak dari itu, pandangan, sokongan dan bantahan samada dari pihak ibu bapa mahupun tenaga pengajar acap kali didengari di media massa negara.
GAPENA baru-baru ini mengadakan satu usul untuk menentang dan mengmbalikan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi Sains dan Matematik. Kenapa? mengikut pandangan mereka yang digelar sebagai tokoh dan pakar bahasa Melayu, PPSMI mengikis kedaulatan BM sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Benarkah begitu?
1) sebelum penggunaan BI pada 2003, bahasa melayu yang digunakan sebagai medium pembelajaran melalui pengubahsuaian terminologi sains dan matematik bagi menepati maksudnya dalam bahsa melayu. sebegai contoh "mathematical reasoning" ditukar kepada "penaakulan mantik".
Persoalannya sekarang, yang mana lebih mudah difahami? BM atau BI? Pelajar memerlukan pemahaman yang tinggi dalam sesuatu terminologi, memerlukan perkataan yang lebih ringkas dan global untuk memudahkan pembelajaran serta mepunyai akses yang luas dalam mencari maklumat samada melalui buku mahupun internet. Adakah cukup sumber yang menggunakan BM bagi menerangkan sesuatu dengan berkesan?
2) Mengharungi cabaran serba moden, pelajar kini semakin ramai yang menjejakkan kaki ke universiti sama ada awam mahupun swasta. Jika BM dijadikan bahasa pengantar bagi Sains dan Matematik sejak bangku sekolah lagi, ini akan menimbulkan masalah setelah mula belajar di universiti.
Subjek sains dan matematik di peringkat tinggi menggunakan BI sebagai bahasa utama. Pelajar membazir masa umtuk memahami terminologi dan teori yang baru dalam BI sedangkan semua itu jika diajar di peringkat sekolah akan menjadi asas yang mudah di peringkat tinggi.
3) Memperjuangkan Bahasa Melayu itu memang ada kebenarannya. Itu bahasa rasmi kita. Negara Malaysia. Adakah dengan belajar sains dan matematik dalam BI akan meyebabkan kita rakyat Malaysia lupa akan cara bercakap bahasa Melayu.?
Sedangkan penggunaan BI itu akan mengembangkan lagi pemikiran pelajar kita terumatanya pelajar Melayu dalam era globalisasi. Itulah yang dipanggil modal insan bukan?
4) Seperti yang diterangkan di atas, pelajar kurang mendapat rujukan yang perlu kerana rujukan dalam BM sedikit. Penghasilan sesuatu yang berkaitan mahupun terjemahan karya dan hasil penyeldikan pihak luar dalam BI amat sedikit diadakan. Inilah yang perlu diperbetulkan dahulu sebelum diajalankan dasar BM dalam sains dan matematik. Apabila itu sudah terlaksana, kukuhkan BM dan kemudian menjalankan dasar BM dalam semua subjek kritikal di peringkat rendah dan tinggi, maka itu akan menjadi kebanggan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ketika itu, Malaysia negara yang maju, maka kita tidak perlu sujud di kaki barat bagi mendapatkan ilmu, tetapi kita mampu mengahsilkan bahan kita sendiri dan kemudahan kita sendiri dalam bahasa Melayu bagi mengukuhkan paksi kedudukan kita sebagai bangsa Malaysia.
Akhir kata, setiap yang ditulis di atas merupakan pandangan seorang pelajar. Ini adalah pandangan peribadi, bukan dipengaruhi sentimen sokongan mahupun 'anjing' kepada mana-mana pihak. Gunakan pemikiran yang dikurnia tuhan untuk berfikir sesuatu yang baik. Baik nawaitu, baiklah hasilnya.
sekian, wassalam
MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR CHE ZAINOL Foundation in Biological Health and Health Science (Medical Science) Centre for Foundation Studies Management & Science University
2:19 PG
profile
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.