di sebuah negara yang mengamalkan prinsip "nak-kata-apa-pun-tak-pa" rakyat hidup tak puas hati antara satu sama lain. Rakyatnya menyara hidup dengan menjalankan aktiviti hari seperti mencari hasil hutan seperti sotong dan lain-lain makanan berprotein tinggi. Juga terdapat rakyatnya yang menjadi lanun samada kadet kepada lanun Somalia atau lanun CD.
Baru-baru ini dikisahkan bahawa kadet-kadet lanun ini telah diberi satu tugasan khas untuk membolehkan mereka bergraduasi dengan ijazah perlanunan (Hons.) yakni merampas kapal dan mendapatkan tebusan. lalu bergeraklah mereka 33 orang semuanya ke laut dengan menaiki sampan berinjin kapasiti 580 kuasa kuda (horse power h.p.)
lalu mereka membaca durat tugasan tersebut :
-------------------------------------------------------------- subjek : perlanunan kapal kod : LKS 0044 jam kredit : 320 jam tugasan : merampas kapal dan mengambil wang tebusan minimum $1 juta. laporan hendaklah dihantar kepada pengarah Akademi Lanun dengan ciri-ciri berikut. 1. ditaip menggunakan Time New Roman 2. double spacing 3. tidak kurang tebal dari Kamus Dewan DBP edisi ke empat. tarik akhir ialah 3 bulan dari sekarang. ---------------------------------------------------------------
Lalu ketika sedang termenung mengenang kepayahan, berbekalkan lastik dan seguni batu kerikil, mereka berfikir,
'bodoh... nak tawan kapal guna lastik... giler"
sedang itu, tiba-tiba dihadapan mereka lalulah sebuah kapal yang maha besar, mungkin beratus ribu legih besar dari sampan yang dinaiki. Nama kapal itu "BAWA BOM". Hebat namanya.. Terus seorang lanun melastik dengan sekuat hati ke arah kapal. Nasibnya baik,. Seketul batu sebesar bola sepak adidas itu melantun-lantun dari satu kelasi kepada kelasi yang lain. Maka semua 345 orang kelasi dan pengawal bersenjata bazooka pengsan dalam sekelip mata.
mereka bersorak gembira.
Namun, tiba-tiba terdengar letusan kuat dari kapal. Rupanya batu tadi terkena bilik enjin dan meletup. Melreka tercengang. Bom yang dibawa kapal tadi turut meletup. Dalam masa 2 saat, kapal tadi karam. Mereka kaku. Hilang target utama. Sedang termenung itu, tiba-tiba langit diatas sampan mereka gelap.
memandang ke atas, ternampak sesuatu sebesar bola sepak menuju ke arah mereka. BOMMMMMMM.... Rupanya batu yang dilastik tadi melantun ke langit selepas letupan dan menghempap sampan mereka. Maka, karamlah sampan itu bersama-sama lanun yang hambir graduasi itu tadi. kisah ini tamat di sini....
8:44 PTG
profile
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.