7 September 2008
hari ke 7 dalam bulan Ramadhan
rumah siap pahat masih berbunyi
"racist", sifat perkauman memuncak
makin buruk selepas PRU 12
16 September?
masih dihitung kisah yang diselindung
mungkin ya atau tidak
Melayu?
masih seperti biasa
melukut ditepi gantang
umpama tak bertuan di tanah sendiri
menang sorak kampung tergadai
bangsa sendiri terbiar
lagi nak menyuap bangsa lain
63% bumiputera di Malaysia
pusat serenti 90% Melayu
katanya nak bersaing
kouta biasiswa mesti adil mengikut peratusan
tapi kenapa tidak untuk serenti, penjara?
merungut
kebenaran ditolak
menunggu bulan jatuh ke riba
mana mungkin itu berlaku
rezeki tak datang bergolek
yang pipih tak datang melayang
kejar impian
terlepas pegangan
tak dapat apa dikejarkan
yang dikendong berciciran
namanya kurang perincian
teliti, saintifik tak difikirkan
redahan yang bazirkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
16 SEPTEMBER 2008
"semoga masih ada hari esok untuk Malaysia"
2:23 PTG