Selamat hari raya aidilfitri..
Maaf zahir dan batin..:)
p/s: blog ini mungkin tidak akan diupdate sepanjang cuti kerana pemilik nak cuti sakan selama 3.5 minggu.. Sebarang urusan, sila sms.. Keutamaan kpd pemilik nombor hp maxis.. Jgn marah yeah..=p
8:54 PTG
assalamualaikum wahmatullahi wabarakatuh
Jadual peperiksaan akhir semester 1 2008
sesi Mei 2008
ISNIN - Biology
SELASA - Health Science
RABU - Malaysian Studies/Ko Kurikulum 1
KHAMIS - English for General Proficiency
MATH 1 telah dijalankan pada JUMAAT lepas.
___________________________________________________
Ada sesiapa yg tahu pasal sambutan raya MRSM Langkawi ynag mengkehendaki pelajar SPM 2007 kembali ke maktab?
2:10 PG
EIT... KATE ADE PM BARU SEMALAM??
TAK DER PON??
APE CER??
* a curious malaysian
11:54 PTG
satu penceritaan..
Hari terakhir lab BIOLOGY FGS 0044 bagi Semester 1/Mei 2008
lecturer : Mr Noorazlan Baharom
kelas : Kumpulan MARA B
Ahli-ahli : seperti yang tertera dibawah (ramai sangat ar.. malas nak tulis)



9:16 PTG
hari itu... MSU, Shah Alam.
hari sebelumnya, seorang guru bahasa Inggeris meminta murid-muridnya menulis esei bertajuk "the best damn things about me.." Seorang pelajar terkinja-kinja menulis dalam keadaan terdesak. Yang sempat ditulisnya hanya 4 baris ayat berbanding rakan-rakannya yang lain, hampir satu muka.
Keesokan harinya.. Guru membacakan esei pelajarnya satu demi satu yang dirasakan terbaik.. Esei pelajar yang pendek dan ditulis dalam tergesa-gesa tadi tanpa diduga olehnya, tersenarai.
Lalu guru itu membaca sebaris ayat yang daripada esei itu
"how can someone study bio when his heart is on accountancy?"
ayat itu diulangnya sekali lagi...
"how can someone study bio when his heart is on accountancy?"
kata guru itu, ayat ini membwa kesan pada dirinya.. sama sepreti guru, rakan pelajar tadi trut memikirkan tentang perihal diri masing-masing.
"kenapa aku jadi doktor?"
"paksaan atau kerelaan kerana minat?"
"betul tak aku buat ni?"
mungkin itu yang difikirkan.. siapa tahu.
*******************
dan hari ini, pelajar itu berdiri semula bagi memadam bayangan hitam yang menaungi hidupnya..
bangun untuk MBBS..
bangun untuk hidupnya...
dan pelajar itu sedang menaip renungan ini pada detik 10:58pm 7 sept 2008
sekian~
10:17 PTG
7 September 2008
hari ke 7 dalam bulan Ramadhan
rumah siap pahat masih berbunyi
"racist", sifat perkauman memuncak
makin buruk selepas PRU 12
16 September?
masih dihitung kisah yang diselindung
mungkin ya atau tidak
Melayu?
masih seperti biasa
melukut ditepi gantang
umpama tak bertuan di tanah sendiri
menang sorak kampung tergadai
bangsa sendiri terbiar
lagi nak menyuap bangsa lain
63% bumiputera di Malaysia
pusat serenti 90% Melayu
katanya nak bersaing
kouta biasiswa mesti adil mengikut peratusan
tapi kenapa tidak untuk serenti, penjara?
merungut
kebenaran ditolak
menunggu bulan jatuh ke riba
mana mungkin itu berlaku
rezeki tak datang bergolek
yang pipih tak datang melayang
kejar impian
terlepas pegangan
tak dapat apa dikejarkan
yang dikendong berciciran
namanya kurang perincian
teliti, saintifik tak difikirkan
redahan yang bazirkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
16 SEPTEMBER 2008
"semoga masih ada hari esok untuk Malaysia"
2:23 PTG

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~
"Awalnya dicucuri rahmat..
Makhfirah dipertengahan...
di peghujungnya pembebasan dari api neraka.."
5:36 PG