SOROTAN PERISTIWA JULAI Muhammad Qyairil Anwar Che Zainol
kisah sejarah mungkin dilupakan sesetengah pihak. Namun, realitinya kini, sejarah kembali menyelubungi seluruh persekitaran samada dalam negara mahupun luar. Sengaja disenaraikan kisah penting yang dicanang sepanjang Julai 2007. Jua memuatkan kisah perjalanan politik negara mahupun politik antarabangsa.
Dimulakan dengan isu harga minyak yang mungkin sudah sebati kini dengan rakyat malaysia, diteruskan dengan beberapa siri demonstrasi oleh para pembangkang samada di Kelana jaya mahupun di Stadium Melawati. Bantahan yang disusuli dengan adegan melampau oleh underground rockers. Inilah malaysia. Terbaru, kerajaan telah menetapkan bahawa harga minyak akan disemak setiap awal bulan berdasarkan purata haraga jualan minyak mentah dalam bulan tersebut.
Dunia - isu pengeluaran waran tangkap terhadap presiden sudan yang dikatakan terlibat dalam isu pembersihan etnik di darfur. Kes ini mendapat liputan meluas apabila Liga Arab dan Kesatuan Afrika cuba menhalang waran tangkap daripada dikeluarkan dengan melobi China dan Russia.
Kedaan yang ditunggu 13 tahun lamanya selepas pembersihan etnik di Bosnia, Kodorvic ditangkap minggu lepas. Pemimpin Serbia ini didapati terlibat dalam pembunuhan 8000 umat islam di bosnia pada tahun 1995. Dia telah dihadapkan ke The Hague, Belanda sejak beberapa hari lepas atas tududhan genosid dan penghapusan etnik.
KEmbali di Malysia, pelan pengunduran Pak Lah. Ahli UMNO memberi satu persetujuan besar bagi menghadapi PR ke 13. Pak Lah dijangka menyerah kuasa kepada datuk Seri Najib pada Jun 2010. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan bertanding di kerusi Permatang Pauh setelah Wan Azizah meletak jawatan. PR kecil dijangka diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh kerusi dikosongkan.
Kes MRR2 kembali menguasai fikiran rakyat. Jambatan yang dijangka mampu bertahan 2 tahun sahaja lagi (mengikut perunding dari UK) mulai retak sejak pagi semalam. beberapa batang carbon plastic yang diletakkan di salah satu tiang telah putus dan menyebabkan jambatan retak pada rasuk tiang. MRR2 yang dibina pada kos RM 200 Juta lebih tidak termasuk 70 Juta tambahan bagi membaikinya pada 2006 menghadaapi pelbagai masalah keretakan sejak mula dibuka padtahun 2004.
Tun Dr Mahathir Mohammad pada sidang akhbar menyatakan Akta Universiti dan Kolej Univrersiti AUKUwalaupun dipinda tetapi tidak seharusnya membenarkan pelajar bergiat aktif dalam politik. Keadaa.n ini akan menyebabkan pelajar hilang tumpuan dalam akademik dan membazir wang kerajaan serta pihak yang menja mereka, katanya.
********************
6:07 PTG
profile
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.