<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6316126363923066775?origin\x3dhttp://muhammadqyairilanwarchezainolcs.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
Khamis, 28 Ogos 2008
PILIHAN RAYA KECIL
P.44 PERMATANG PAUH

KEPUTUSAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)

sorie morie lah tak sempat nak update..
kerja banyak~

oh yer..
kpd student FMS sape nak note malaysian studies??
meh amik k~
aku da siapkan untuk bab demokrasi parlimen dan pilihan raya...

1:10 PG

Sabtu, 23 Ogos 2008
salam...

Teringat dulu zaman kecik-kecik, walaupun pada asalnye tak lah kecik sangat. Tapi kire ok lah.. kalau sigmoid curve, ade dalam kategori B, "Log Phase". aiceh... poyo sengal nak mampus. Bajet konon da study ar neh. Masuk exam? Tengok siling, mungkin tertulis kat atas gamaknye~

Dulu-dulu kalo merdeka, pagi-pagi da bangun. Menonggeng depan TV 14" yang kalernya tak bape nak kuar. Depan TV jek lah, tak kan nak g KL. Jauh beb dari metropolitan AS nak g sane~
Mate tak terkedip tengok perarakan.. Siap boley komplen lagi pesyen yg perarak tu pakai.. Punya la taksub.

Tapi sekarang, da berganjak ke "linear Growth Phase" [poyo lagi.. haih~], ape erti kat diri sendiri? same jek sape-sape pon.. nak menipu takyah bab neh.. Cuti tu penting. Amat penting bagi tidur yg lena~ Malam-malam mencecet g tengok fireworks. pagi-pagi tido sampai kul 12.
kan beza tu~

***********************
nota kaki :
kerja lapangan Bio kat FRIM, Kepong - 24 OGOS 2008.
pembentangan KO-Q "Eucalyptus" - 29 OGOS 2008
program Ko-Q "explorace" - 30 OGOS 2008
program tidur merdeka - 31 OGOS 2008
awal ramadhan - 1 SEPTMBER 2008 [ mari beramai-ramai terawih OK?]
Ujian makmal biologi - 3 SEPTEMBER 2008
pembentangan BIO "diversity - antropods" - 9 SEPTEMBER 2008
Peperiksaan Akhir Semester 1 - 19 SEPTEMBER 2008
pulang ke metropolitan AS - 25/26 SEPTEMBER 2008
[tiket bas camna wey?? kalau habih, tak balik ghaya aku taun neh~ cis...]

3:56 PG

Ahad, 17 Ogos 2008
PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN
P.44 PERMATANG PAUH

26 OGOS 2008
---------------------------------------------------


sumber : utusan Malaysia 17 OGOS 2008
http://www.utusan.com.my

Calon (dari kiri):

Datuk Ariff Shah Omar Shah [Barisan Nasional]
Hanafi Mamat [AKIM]
Datuk Seri Anwar Ibrahim [KeADILan]

4:53 PTG

Rabu, 13 Ogos 2008
salam... =)

bosan juga saat ini. makan pon belum lagi. Mamak kedai bawah dah terjerit-jerit seru soh makan.. Keje makan nasi putih lauk ayam.. Badan da macam tong drum yang buat isi bitumen nak turap tar~

Niny ajak g makan kenduri.. Kenduri doa selamat. Tapi diajak makan jek, doa tak diajak bace skali.. Makan jek la kot.haha takde-takde.. gurau jek. kena tulah niny kang. Mau tergolek aku jatuh tangga MAIS nih..~

Harini burfday Syef.. Hepi burfday eh~ Tu jek kot nak cakap.. aku bukan reti nak retorik ayat2 bunge taik ayam neh. caiyok~

aku ase aku da plan untuk minggu neh ape nak wat, selain dari tido atas katil besi 2 tingkat ynag bergoyang-goyang macam naik komuter 2. nasib tak roboh jek lagi. Madagascar? macam bes cite 2. aku tengok triller gelak-gelak smpai kuar air mate.. perghh...~ lawak siot.

dah.. aku nak ciow~

7:56 PTG

Selasa, 12 Ogos 2008
isu penggunaan BI dalam MAth dan sains..

Mungkin ada yg kurang menjengah ke blog mantan PM Malaysia ini..

Hari ini, dibawkan khas untuk semua~



muhammad qyairil anwar che zainol


*******************


MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at August 10, 2008 7:52 PM



1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.



2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.



3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.


4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?



5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.



6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.



7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.



8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.



9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.



10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.



11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.



12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.



13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.



14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.



15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.



16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.



17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.



18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.



19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.



20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.



21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.



22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.





article from www.chedet.com

2:27 PTG

Ahad, 10 Ogos 2008

WAR BETWEEN GEORGIA AND RUSSIA

"GORI, Georgia 9 Ogos – Presiden Georgia, Mikheil Saakashvilli hari ini secara rasmi mengumumkan negara ini dalam keadaan perang, setelah Rusia menyerang beberapa kawasan awam di wilayahnya."

UTUSAN MALAYSIA 9 OGOS 2008

Perkembangan terkini??
baca sendiri surat khabar~
JANGAN MALAS OK?








11:14 PTG

Rabu, 6 Ogos 2008
PERANAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN:
FUNGSI AKTA DAN DASAR DALAM MENYOKONG DASAR KEBUDAYAAN

Oleh : Muhammad Qyairil Anwar Che Zainol
Management & Science University
Subjek : Malaysian Studies MPW1133
Assignment 1/sem 1

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun, dengan disokong pembangunan aktif sahsiah dan sifat bangsa Malaysia yang jitu, maka segala perancangan akan menjadi satu kenyataan. Kedudukan Malaysia yang terletak di kawasan ketamadunan Melayu dan Nusantara menjadikan asimilasi kebudayaan yang meluas antara kawasan. Namun, kini keadaan menjadi lebih mencabar apabila terdapat dasar-dasar baru yang digubal, termasuk akta-akta untuk menjamin keselamatan negara, memungkinkan dasar atau akta itu tidak mampu membawa keadaan yang membolehkan perpaduan majmuk digapai berlandaskan penguatkuasaan dasar dan akta tertentu. Maka, Dasar Kebudayaan kebangsaan (DKK) yang digubal dijadikan teras bagi memelihara budaya dalam setiap dasar mahupun sesetengah akta yang berkait langsung tentang pembentukan imej bangsa Malaysia.

Antara startegi perlaksanaan yang digariskan adalah meliputi aspek luaran yang bertindak sebagai penyokong dasar. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) bukannya satu rancangan yang boleh dituai hasilnya dalam sekelip mata, tetapi memerlukan penghayatan oleh rakyat majmuk melalui pelbagai dimensi sama ada melalui pendidikan, penyelidikan mahupun perhubungan dan komunikasi. Aspek perundangan yang meliputi penggubalan dasar-dasar dan sesetengah akta-akta di parlimen seperti yang dihuraikan di atas juga munimbulkan persoalan tentang perkaitan antara keduanya. Ironinya, setiap perlaksanaan dasar dan akta itu akan membuahkan hasil yang positif yang dapat difahami segenap lapisan masyarakat bahawa Malaysia melaksanakan sesuatu tidak hanya membuta tuli semata-mata, tetapi dalam aspek mewujudkan identiti tersendiri bagi meterjemahkan budaya Malaysia. Malahan, DKK turut menggariskan bahawa setiap dasar yang ingin digubal oleh kementerian, agensi atau sesebuah jabatan harus meletakkan DKK sebagai teras. Ini menunjukkan bahawa dasar-dasar lain juga membawa haluan yang sama, membentuk perpaduan daripada kebudayaan biarpun hanya sedikit diselitkan DKK didalamnya.

Akta Arkib Negara 2003 yang digubal bagi menyelaraskan hasil warisan negara harus dilihat dari sudut dan perspektif yang berbeza. Secara lebih mendalam, akta ini menggariskan peruntukan bagi pewujudan, pemerolehan, jagaan, pemeliharaan, penggunaan dan pengurusan arkib awam dan rekod awam serta apa-apa yang berkaitan dengan Arkib Negara sendiri. Akta ini membolehkan harta warisan dikekalkan tanpa gangguan akan menyelamatkan warisan yang tidak ternilai harganya kepada negara ini. Warisan ini sudah semestinya dibina oleh orang terdahulu mengikut bangsa dan kepercayaan masing-masing. Sebagai contoh Lembah Bujang di Kedah yang menyimpan seribu satu kisah tentang pengaruh Hindu pada zaman pemerintahan kerajaan Kedah Tua. Artifak yang terkenal itu dipulihara dan dipelihara dengan sebaik mungkin bagi menunjukkan budaya masyarakat dahulu kala dalam protocol upacara keagamaan. Impak kepada bangsa lain? Semestinya kagum dan mendapatkan pengalaman tentang struktur agama dan bangsa tersebut. Kesan akan lebih dilihat apabila bangsa lain mula menghormati kepercayaan dan pegangan sesuatu bangsa itu berdasarkan kebudayaan yang dipelajari daripada artifak-artifak tersebut. Maka dapat dikonklusikan bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dijadikan teras dalam pembikinan sesuatu dasar mahupun undang-undang akan membawa hasil kepada perpaduan pada akhirnya. Rakyat yang berbilang kaum akan menghormati satu sama lain dari aspek keagamaan dan kebudayaan dahulu kala yang dipaparkan melalui artifak dan tinggalan sejarah. Namun, apa akan jadi jikalau akta seumpama itu tidak digubal? Maka, sejarah lingua franca Bahasa Melayu akan terkubur sebagai satu mitos semata-mata. Tiada lagi kenangan tentang bagaimana Kesultanan Johor-Riau melalui perkembangan yang pesat dan gemilang.

DKK itu sendiri berdiri di atas satu pasak yang menggariskan fakta sejarah tentang kebudayaan lampau, kisah asimilasi kebudayaan masyarakat dunia di Tanah Melayu dan kedudukan Tanah Melayu sebagai pusat tamadun dunia sejak dua ribu tahun dahulu. Maka, jelas dilihat bahawa penggubalan akta ini berjaya menyimpan semua dokumentasi bagi menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya pernah melalui satu zaman kegemilangan dengan asimilasi budaya berlaku dimana-mana pusat perdagangan utama.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 juga dapat dilihat sebagai salah satu cabang yang mendukung DKK. Walaupun akta ini digubal sebelum wujudnya DKK, namun setelah DKK diperkanalkan sekalipun, akta ini terus mendukung dan menetapkan bahawa imej bangsa dan budaya Malaysia diterjemah melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan – Bahasa Malaysia. Keampuhan akta ini dalam memelihara Bahasa Malaysia sememangnya berjaya membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia berjiwa besar dalam mewujudkan identiti sendiri. Keadaan ini diperkukuhkan lagi apabila melalui akta ini, kebudayaan Malaysia yang mencerminkan Bahasa Malaysia sebagai asas telah dijadikan bahasa pengantar rasmi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dasar juga turut dipengaruhi DKK sebagaimana telah dijelaskan dalam rasional penggubalan DKK. Dasar Penddikan antara dasar yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan kebudayaan bangsa Malaysia kepada rakyat keseluruhanya. Kebudayaan dan kepentingan mewujudkan bangsa Malaysia yang kionsepnya telah dipelopor Tun Dr Mahathir Mohamad dijadikan sebahagian daripada teras untuk menggubal sillibus pelajaran. Rukun Negara digubal pada 27 januari 1970 sebelum diisytiharkan pada 31 Ogos 1971 juga antara pemapar imej bangsa Malaysia. Secara amnya, kewujudan DKK ini biarpun terlewat sedikit daripada sesetengah peristiwa penting dalam mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia, namun asas “kepentingan kebudayaan untuk perpaduan” telah wujud dalam setiap keputusan yang dibuat kerajaan. Lima prinsip Rukun Negara yang jikalau dihayati segenap lapisan masyarakat sememangnya akan menguatkan lagi konsep bangsa Malysia yang kukuh dan berpengang teguh kepada prinsip perpaduan. Maka, inilah yang dikatakan kepentingan DKK ke atas sesuatu dasar bagi mewujudkan perpaduan. Keadaan ini diperkukuh lagi dengan sikap berhati-hati MANGERAN pada masa itu yang sememnagnya mengambil iktibar 13 MEI 1969 – rusuhan kaum terdahsyat di negara ini. Maka, cara paling praktikal bagi membentuk satu identiti rakyat ialah dengan menggunakan kebudayaan sebagai satu dasar menggalakkan perpaduan. Persamaan yang dimiliki oleh semua pihak secara perlahan-lahan menyebabkan pemikiran dan sifat perkauman akan luput.

Dapat disimpulkan bahawa kepentingan DKK dalam mewujudkan perpaduan turut didukung oleh dasar dan akta bagi menjayakannya selain peranan agensi dan jabatan kerajaan yang lain. Lampiran menyenaraikan akta yang terdapat di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan beserta salinan ringkas Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.
.
****************


PETIKAN ARTIKEL DARIPADA WEB KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA

Utama / Kementerian / Mengenai Kementerian / Akta-akta
Sejak Penubuhan KEKKWA, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memartabatkan kebudayaan, kesenian dan warisan negara. Usaha-usaha ini telah dilaksanakan melalui akta-akta yang telah diwujudkan seperti berikut:1.

AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006 [Akta 653]
Suatu Akta yang mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pengurusan dan pentadbiran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di dalam bidang seni, budaya dan warisan di Malaysia.

2. AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 [Akta 645]
Akta Warisan Kebangsaan 2005 bertujuan untuk memberi perlindungan kepada semua aspek warisan secara menyeluruh dan bersepadu yang sebelum ini tidak ada dalam mana-mana perundangan persekutuan dan negeri. Akta ini merangkumi skop yang lebih luas merangkumi aspek Warisan Budaya (cultural heritage), Warisan Semula-jadi (natural heritage) termasuk Warisan Ketara (Tangible Heritage) dan Warisan Tak Ketara (intangible heritage).Akta ini berkuatkuasa pada 1 Mac 2006 dan menggantikan dua akta terdahulu iaitu Akta Benda Purba 1976 dan Akta Harta Karun 1957.Merupakan "suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air".

3. AKTA ARKIB NEGARA 2003 [Akta 629]
Akta yang mempunyai peruntukan bagi pewujudan, pemerolehan, jagaan, pemeliharaan, penggunaan dan pengurusan arkib awam dan rekod awam serta apa-apa yang berkaitan dengan Arkib Negara sendiri.

4. AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 [Akta 331]
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengumpulan, pemeliharaan, pengawalan bibliografi dan penggunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia dan juga apa-apa yang berkaitan dengannya

.5. AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981 [Akta 244]
Akta ini bertujuan untuk menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman Malaysia, menubuhkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang perlu, yang berkaitan atau yang bersampingan dengannya. Di bawah akta ini terdapat beberapa peraturan iaitu :* Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (film charges) Regulations 1988-PU (A) 209/88.* Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (compounding of Offence) Regulations 1985-PU(A) 264/85.* Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (licensing) Regulations 1983-PU (A) 546/83.* Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (mandatory screening scheme) Regulations 2005-PU(A) 232/2005.

6. AKTA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 1979 [Akta 222]
Suatu Akta yang berkaitan dengan penubuhan, ahli-ahli dan pentadbiran Perbadanan Kemajuan Kraftangan dan juga menggalak dan memudahkan perusahaan kraftangan Malaysia.

7. AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 [Akta 80]
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perpustakaan Negara bagi menyediakan penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan, memudahkan capaian seluruh negara sumber-sumber perpustakaan di dalam dan luar negeri dan apa-apa juga yang berkaitan Perpustakaan. Di bawahnya terdapat peraturan bagi pembayaran serta denda iaitu :* National Library (fees and Fines) Regulations 1993-PUA 295/93.

8. AKTA BALAI SENI LUKIS NEGARA 1959 [Akta 516]
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan dan pengurusan Balai Seni Lukis Negara.


*****************


UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA

DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006


Akta 32
AKTA BAHASA KEBANGSAAN
1963/67


UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 32
AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67
Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubung dengan
penggunaan bahasa kebangsaan.
[Semenanjung Malaysia—Seksyen 9 hingga 11—
11 April 1963, Akta 10 tahun 1963;
Yang lain-lain—1 September 1967,
Akta 7 tahun 1967]

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen
(2), dipakai di seluruh Malaysia.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Negeri Sabah dan Sarawak pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri masing-masing, melalui enakmen Badan Perundangan Negeri masing-masing dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di Negeri-Negeri itu.

Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud
rasmi

2. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152(1) Perlembagaan berhubung dengan manamana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia
bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.


Penggunaan terjemahan
3. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak Kerajaan mana-mana Negeri untuk menggunakan apa-apa terjemahan dokumen atau perutusan rasmi dalam mana-mana bahasa lain bagi apa-apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam.

Penggunaan berterusan bahasa Inggeris boleh dibenarkan
4. Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan berterusan bahasa Inggeris bagi apa-apa maksud rasmi sebagaimana yang difikirkan patut.


Penggunaan bahasa Inggeris boleh dibenarkan dalam
Parlimen dan Dewan Undangan

5. Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Undangan mana-mana Negeri, atau seseorang lain yang sedang menjalankan fungsi mana-mana jawatan itu, boleh membenarkan seseorang anggota mana-mana
satu Majlis Parlimen atau seseorang anggota Dewan Undangan menggunakan bahasa Inggeris apabila memberikan ucapan kepada, ataupun apabila mengambil bahagian dalam kerja, Majlis Parlimen atau Dewan Undangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Teks sahih undang-undang
6. Teks—
(a) bagi segala Rang Undang-Undang yang akan dikemukakan atau pindaan kepadanya yang akan dicadangkan dalam Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri;
(b) bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan;
(c) bagi segala Enakmen dan perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri; dan
(d) bagi segala Ordinan yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa Inggeris, dan teks dalam bahasa kebangsaan itu adalah sahih melainkan jika Yang di-Pertuan Agong menetapkan sebaliknya sama ada secara am atau bagi mana-mana undang-undang atau jenis undangundang yang tertentu.

Undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum 1
September 1967

7. (1) Jika mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum satu hari bulan September 1967 telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan terjemahan undang-undang itu sebagai sahih.
(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 6 boleh dipakai bagi pindaan mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum satu hari bulan September 1967, sehingga undang undang bertulis itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan terjemahan itu telah ditetapkan sebagai sahih.

Bahasa Mahkamah
8. Segala prosiding (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah
hendaklah dalam bahasa kebangsaan:
Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding dan selepas menimbangkan
kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkan supaya prosiding itu (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dijalankan sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris.

Tulisan bagi bahasa kebangsaan
9. Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

Bentuk angka
10. Bentuk angka dalam bahasa kebangsaan ialah bentuk angkaArab.

Borang
11. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dengan nyata, apabila sesuatu borang dalam bahasa Inggeris ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis, terjemahan borang itu dalam bahasa kebangsaan oleh orang atau pihak berkuasa yang
ditetapkan dari semasa ke semasa dengan perintah oleh Perdana Menteri boleh digunakan bagi segala maksud yang baginya borang itu boleh digunakan jika borang itu dalam Bahasa Inggeris.

10:56 PG

Selasa, 5 Ogos 2008
salam...

bertebaran semuanya..

sape?

kawan-kawan la..

KMB, KMS, Intec, Uitm, UM, taylors, UIA...

UTP, KYUEM, ACMS, MSU..haha

Shahputra, Matrix..

ape aku mrepek??

ntah...

besok exam BIO...

glyceraldehyde-3-phosphate, pyruvate dalam glycolysis...

plastoquinone, b6-f complex dalam photosystem..

carbohydrates, protein..

kreb's cycle, celvin cycle...

9+2 fragella...

eddy ngah mengarut.. stress exam kot..

mohd eddy ramli..

budak mrsm jasin..

ape aku mrepek lagi neh...

ape-ape la..

4:30 PTG

Isnin, 4 Ogos 2008
SOROTAN PERISTIWA JULAI
Muhammad Qyairil Anwar Che Zainol

kisah sejarah mungkin dilupakan sesetengah pihak. Namun, realitinya kini, sejarah kembali menyelubungi seluruh persekitaran samada dalam negara mahupun luar. Sengaja disenaraikan kisah penting yang dicanang sepanjang Julai 2007. Jua memuatkan kisah perjalanan politik negara mahupun politik antarabangsa.

Dimulakan dengan isu harga minyak yang mungkin sudah sebati kini dengan rakyat malaysia, diteruskan dengan beberapa siri demonstrasi oleh para pembangkang samada di Kelana jaya mahupun di Stadium Melawati. Bantahan yang disusuli dengan adegan melampau oleh underground rockers. Inilah malaysia. Terbaru, kerajaan telah menetapkan bahawa harga minyak akan disemak setiap awal bulan berdasarkan purata haraga jualan minyak mentah dalam bulan tersebut.

Dunia - isu pengeluaran waran tangkap terhadap presiden sudan yang dikatakan terlibat dalam isu pembersihan etnik di darfur. Kes ini mendapat liputan meluas apabila Liga Arab dan Kesatuan Afrika cuba menhalang waran tangkap daripada dikeluarkan dengan melobi China dan Russia.

Kedaan yang ditunggu 13 tahun lamanya selepas pembersihan etnik di Bosnia, Kodorvic ditangkap minggu lepas. Pemimpin Serbia ini didapati terlibat dalam pembunuhan 8000 umat islam di bosnia pada tahun 1995. Dia telah dihadapkan ke The Hague, Belanda sejak beberapa hari lepas atas tududhan genosid dan penghapusan etnik.

KEmbali di Malysia, pelan pengunduran Pak Lah. Ahli UMNO memberi satu persetujuan besar bagi menghadapi PR ke 13. Pak Lah dijangka menyerah kuasa kepada datuk Seri Najib pada Jun 2010. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan bertanding di kerusi Permatang Pauh setelah Wan Azizah meletak jawatan. PR kecil dijangka diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh kerusi dikosongkan.

Kes MRR2 kembali menguasai fikiran rakyat. Jambatan yang dijangka mampu bertahan 2 tahun sahaja lagi (mengikut perunding dari UK) mulai retak sejak pagi semalam. beberapa batang carbon plastic yang diletakkan di salah satu tiang telah putus dan menyebabkan jambatan retak pada rasuk tiang. MRR2 yang dibina pada kos RM 200 Juta lebih tidak termasuk 70 Juta tambahan bagi membaikinya pada 2006 menghadaapi pelbagai masalah keretakan sejak mula dibuka padtahun 2004.

Tun Dr Mahathir Mohammad pada sidang akhbar menyatakan Akta Universiti dan Kolej Univrersiti AUKU walaupun dipinda tetapi tidak seharusnya membenarkan pelajar bergiat aktif dalam politik. Keadaa.n ini akan menyebabkan pelajar hilang tumpuan dalam akademik dan membazir wang kerajaan serta pihak yang menja mereka, katanya.

********************

6:07 PTG

profile
MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.

LINKS





infineight 06-07


iluvislam



Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia



ads

YM status



quick message


Free shoutbox @ ShoutMix



REFERENCE

MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL
Bangalore, Karnataka,
INDIA


+919686585425

E-mail :
mqa_ka9011@yahoo.com (primary)
kay_ay9116@yahoo.com

The PRIMARY e mail is also available for
Facebook & Yahoo Messenger.




past
Januari 2008
Februari 2008
Mac 2008
April 2008
Mei 2008
Jun 2008
Julai 2008
Ogos 2008
September 2008
Oktober 2008
November 2008
Disember 2008
Januari 2009
Februari 2009
Mac 2009
April 2009
Mei 2009
Jun 2009
Julai 2009
Ogos 2009
Oktober 2009
November 2009
Disember 2009