menarik ketika ini, mungkin jua membosankan.. kisah lama la katakan..
"ANWAR DITAHAN ATAS TUDUHAN LIWAT"
memang sebegitu lumrah alam.. politik tak dapat dipisahkan dari fitnah - sudah sebati. semalam, kira-kira jam 1 pm, Anwar ditahan di hadapan rumahnya di Bukit Segambut oleh sepasukan polis elit.
Semalam jua, hingga jam 2 am, penyokong beliau memenuhi Jalan Hang Tuah dan sekitar BB. FRU dan Polis memenuhi jalan di hadapan HQ Polis Kuala Lumpur. Situasi yg sama dgn 1998, namun kali ini polis lebih bersedia, teratur dan profesional.
Aku mungkin tak mampu memberi komen yg menyeluruh.. Nak menaip dalam waktu yg singkat. hanya membaca surat khabar dari pelbagai aliran - kanan dan kiri.