salam..=)
semalam kira-kira 5.00pm, aku menonton TV ngan abahku..
Terpampang di TV muka Pak Lah..
"saya dengan ini mengisytiharkan petrol naik RM 0.78 dan diesel RM 1.00.."
HARGA BARU selepas 12 malam 4hb.. (mulai 5hb JUN 2008)
PETROL seliter RM 2.70
DIESEL seliter RM 2.58
Aku diam seketika..
"Along!!Ambik kunci Kancil. P isi minyak bagi full.. Abah drive Wira"
"aye aye sir!!"
Berkonvoi kami ke PETRONAS. Drive dalam Kancil kemetot, aku ekori abahku. Sampai kat sana.. JALAN JAMMED~ Kena berbaris macam kat Indon. Tak pernah nak dibayangkan kisah di TV berita luar negara berlaku di Malaysia~

gambar khas yg disnap dari Kancil yang ak drive~
Tempat : PETRONAS Jalan Datuk Kumbar
Punya la lama kena tunggu turn. aku bosan jadi aku snap gambar. Dah tu aku toleh belakang, jalan yang tadinya hanya jammed biasa terus sesak sampai nak bergerak pon tak leh~ Ada sebuah lori merah bawa tong sampai melimpah-limpah semata-mata nak isi diesel~ kawasan pam khas untuk moto?? macam laut~ semua jenis moto ada..
Malam menjelang, jalan utama di hadapan Petronas sesak sehingga 2 km dikedua-dua belah arah~