<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6316126363923066775?origin\x3dhttp://muhammadqyairilanwarchezainolcs.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
Jumaat, 27 Jun 2008
salam..=)
sudah 10 hari aku meninggalkan blog..
Kini, orientasi dah berakhir, dan aku sudah memulakan pengajian di MSU.
Sekadar menyampaikan salam, aku di sini ok jek.. belum KO..

exam mid-sem 4 minggu lagi. Belajar baru intro..
mampus~

alamat sekarang kalau nak dicari :

J 1-1-24,
Wisma Mais.
Seksyen 3,
Shah Alam,
Selangor.

Baiklah..
Aku pergi dulu~

sekian

11:42 PG

Selasa, 17 Jun 2008
Al Fatihah...

Hajjah Chik bt Hussin
Pulang ke Rahmatullah pada 16 JUN 2008 jam 8.10 pm
disisi ahli keluarga terdekat.

Sesungguhnya sayangnya kita pada seseorang tak terlawan sayangnya Allah pada hambanya~


Urusan pengkebumian selesai jam 11.15am 17 JUN 2008~
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang solehah~

***************************************

malam ini aku akan ke Shah Alam..
Tertunda untuk selesaikan urusan pengkebumian nenek tersayang~

5:14 PTG

Ahad, 15 Jun 2008
salam..

JUMAAT, 13 JUN

Sampai kat maktab, terus ke apertmen Berlian 5B.
Petangnya kami ke Telaga Tujuh (Seven Wells) Saja nak merayap~
Tapi aku sampai ke Air terjun yang pertama sahaja... Itu pun basah satu badan, peluh.
fuhhh~


air terjun yang pertama daripada tujuh~


laluan ke air terjun no 1

Solat Maghrib di surau, kami jadi tumpuan~
aiseh.. bajet star.. Yang kenal tak apa la.. Yang tak kenal, tengok pelik semacam~
Kemudian jam 8.15pm, meeting untuk kem. Seperti yang aku beritahu semalam, ada 3 kumpulan dan aku ambil yang Form 1.
Senang diurus~


sarah, iman, faratul dan kina ketika meeting~

*********

SABTU, 14 JUN

Program bermula jam 9.00 am.. Tapi kanak-kanak ni jam 8.30 pagi dah ada.
Terkesima aku seketika..~
Awal betul datang..
Jadi, Form 1 diarah ke TAC untuk briefing sikit-sikit.


Form 1 di TAC

Slot 1 program yang diisi ialah game "time management"
Susun aktiviti mana yang ingin didahulukan jika semuanya berlaku serentak..
Wakil group dipanggil untuk poembentangan~



Kemudian, kami berpindah ke dataran Akademik..
PA system ada, kipas pun ada..
senang kerja..
Form 1 ada 6 kelas semuanya..
Jadi kami 6 orang ambil kelas-kelas tertentu..
Aku ambil 106~ Program?
Santai seketika.. Sembang-sembang dengan kanak-kanak perihal MRSM..


kelas 106

Slot kedua diteruskan dengan game-game..
Semua game~
Form 1, nak bagi ceramah? aishh.. Tidur la~

Slot ke 3 dibuat dengan gabungkan Form 1 dan Form 2 yang diselia Niro dan Halim.
Game apa ntah.. Susun 12 orang dalam satu line tape yang kecil~


Form 1 dan Form 2


Siapa siap dulu?


Iman, halim, niro dan marni...


cayalah korang~

Jadi, akhir sekali ada dikutip derma bagi yang memerlukan..
Jumlah kutipan RM 509.75.. Hasil sumbangan daripada 300 pelajar.
Program bagi Form 2 dan form 4 diuruis secara berhyemah oleh Niro, faris dan rakan-rakan yang lain..~

Sebelum balik, dapat la kanak-kanak Form 1 sedikit coklat..
Langkawi, coklat jek la murah~

OK..
=)





9:27 PG

salam..

semua sudah selesai..
Terima kasih semua yang terlibat..

Muhammad Shafiq b Salleh
Nik Mohd Irfan Nik Kamail
Mohd Izzat Abd Malik
Muhd Izwan Sanusi
Ahmad Yusof Ahmad Mahir
Shahrul Amri Mat Shukri
Mohd Syamil Yusof
Ahmad Hasif Mohd Nor Apandi
Abdul Halim Hafizuddin
Faris b Daniel
Niro Haryamen Mohd Rais
Sarah Aina Shaharuddin
Marni Shuhaila Kamaluddin
Nur Fathul Islam Mohd Kashfi
Faratul Ain Harun
Iman Abdul Halim
Arina Diana Zulkifli
Muhd Fitri Jamil
Nur Syazwany Mohd Lutfi
Amin Rukaini Mustafa
Nur Sakinah Zuilkifli

juga kepada penganjur utama
Mr Wan Muhd Helmi b Wan Ahmad
Manissa Sufian

Sijil penghargaan akan disediakan oleh pihak English Unit, Jabatan Bahasa MRSM Langkawi.

******************************************************

Maaflah..
hari ini, aku tak dapat upload gambar..
Aku tiba di Kuala Kedah jam 8.15 malam..
Belum sempat naik kereta, ayahku beritahu nenek masuk ICU~
Jadi aku terus ke HSB..

Ini pun aku pulang sebentar..
Sekejap lagi, akiu akan ke HSB semula~
Semoga semuanya berada dalam keadaan baik..
InsyaAllah~

12:26 PG

Sabtu, 14 Jun 2008
salam..=)

pagi ini, aku berlintas langsung dari Langkawi~
Itali VS Romania sekadar seri~
1-1..
Hilang sentuhan juara Dunia 2006..

Pagi besok, kem dijalankan 3 sesi..
9.00am-10.30am
11.00am-12.30pm
2.00pm-3.30pm


Aku akan mengetuai kumpulan untuk kem bagi pelajar form 1..
Niro untuk Form 2 dan Faratul Form 4~
Bersamaku dalam kelompok Form 1 :
Fitri, Amin, Acip, Iman dan Wany
~

Aku akan pulang petang hari ini..
nanti aku upload gambar..
Hari ini juga kenduri kahwin sepupu aku..
Maaflah aku tak dapat bersama~

1:38 PG

Khamis, 12 Jun 2008
salam..=)

Aku akan bercuti selama 2 hari.
13-14 JUN~
nak ke Maktab Rendah Sains MARA Langkawi..

Turut bersama ke sana:
Wany, Fathul, Marni, Fitri, Faris, Faratul, Izwan, Apit
Sarah Aina, Aiman, Amin Rox, Halim, Acip, Iman, Kina,
Buzer, Ijat Malik, Amri, Syamil Billy, Fem, Athirah, Rye
Niro...
(kepada yang tertinggal namanya, maaf dipinta)

Delegasi pembawa bencana.. haha
Tak lah~
Pembawa perubahan..
Bak kata Toyota, "shift the future"~

Nant aku update semua perilaku ketika kem tersebut dijalankan.
Dan aku tak terlalu susah hati..
Semua ahli delegasi, ada kemahiran tersendiri..
InsyaAllah, semua berjalan lancar~

Aku letak kepercayaan atas semua kawan-kawanku..
Hanya yang terpencil, gagal bawa hasil terbaik~
*********************************************

9:16 PTG

jam 1:56 am..
Portugal menang 3:1..

Tekaan aku silap.
Bajet 4-1..haha
amin.. ko menang~
chehs =p

Portugal ke suku akhir~

1:56 PG

salam..=)

ketika ini, Half-Time perlawanan Portugal-Czech.
Keputusan masih 1-1..
Tak dijangka keputusan~
walaupun Portugal MACAM nak menang~
haha..=p

Hari ini sudah hari Khamis.
Jam 12:51 am~
Besok hari Jumaat..
Lusa hari Sabtu..
Tulat hari Ahad..
kemudian Isnin, Selasa dan..
RABU~
sudah tamat cuti ya~

12:48 PG

Selasa, 10 Jun 2008
salam..=)

Uh.. Aku sekarang sedikit bosan.
Sekarang kadang-kadang aku akan membaca artikel Che Det.
Sahaja membuka minda. Kemudian aku akan merayap ke blog lain~

Hari ini, dah ada yang mendaftar ke UIAM.
Amiirah, Fiqri dan lain-lain.
Harapnya semua baik-baik belaka~

Oh yer.. Semalam tekaan aku tepat.
Italy ditewaskan Netherlands.
fuhh..~ haha =p

Sekarang aku mula berminat mengambil tahu tentang kempen ke White House.
Mc Cain atau Obama?
Isu perang Iraq dan ekonomi menjadi tema layar persaingan kali ini.
Menarik~

11:20 PTG

salam..=)

Sekarang jam 12.00, 10 JUN.
2 jam 30 minit lagi, ITALY akan menantang NETHERLANDS.
Siapa menang? Entah. Kelebihan kepada ITALY..
Tunggu sudah~
aku rasa, NETHERLAND mungkin menang~ 2:1 =p

Semalam semasa menonton Germany VS Poland, dua kali blackout~
Habis match? Germany menang 2-0.
Kebetulan~

Pagi tadi aku bangun lambat.
Kena bebel~
malam ni aku diberi amaran..
Nak tengok bola boleh..
TAPI besok bangun awal~

Mimi dah ada kat Perancis~
seronok betul dia..
Gudlux 2 her =)

Dan pada hari Rabu, ada sedikit bacaan Yaasin.
Kesyukuran aku nak ke MSU.
Semoga semuanya berjalan dengan baik.~

Hari Jumaat, aku akan ke Langkawi.
Kem untuk kanak-kanak ribena di sana.
Tapi, Manissa, Dawa, Aein, Yana Samad tak dapat datang.
Jadi, memang agak berat kerja nanti.
Insyaallah, semuanya akan berjalan lancar.
Semua ada komitmen~
walaupun aku sedikit gusar..
Tapi, apa yang dijalankan, harus diteruskan~

12:01 PG

Ahad, 8 Jun 2008
salam..=)

UniKL, 9hb April 2008
Masa tu aku baru nak turun dr tingkat 5, baru abis interview. Tengah tunggu lif, ada seorang perempuan tunggu lif gak. Baru abis interview gak. Sempat la sembang jap. Dia dak MRSM PC. Sempat sembang skejap jek. Kemudian masing-masing ke tempat lain~

7 JUN 2008 jam 1100pm
Aku YM ngan seorang dak MSU neh. Akan masuk skali ngan aku 18 JUN neh. Tengah sembang tu, aku dpt taw dia bdk MRSM PC. OK la.. kawan ak ramai kat sana. Ak pon gtaw la dye..
Then, dye tanya aku..

"jap.. ko interview 9hb eh? tingkat 5?"
"err.. a,ah.. nape?"
"ko ingat tak masa tgu kat lif 2, ader ko sembang ngan sowg gurl?"
"eh? ko taw? GURL TU KO KE?"
"hahaha.."

aiseh.. lawak tol la. Tahniah kepada beliau sbb berjaya menemui aku.. haha
Dahsyat. Aku sendiri susah nak ingat muka owg.
dye senang-senang jek~

hish~
________________________________________________________________________________________________________
p/s: pagi ni, GERMANY VS POLAND. Jam 2.45 am.
Aku ase GERMANY menang. 3-2.
hehe~

9:34 PTG

Sabtu, 7 Jun 2008

8-30 JUN 2008
WATCH IT LIVE



Saturday 8 June 2008
Switzerland VS Czech Republic (0000)
Portugal VS Turkey (0230)

Monday 9 June 2008
Germany VS Poland (0230)

Tuesday 10 June 2008
Netherlands VS Italy (0230)

Wednesday 11 June 2008
Greece VS Sweden (0230)

Wednesday 11 June 2008
Czech Republic VS Portugal

Friday 13 June 2008
Austria VS Poland (0230)

Friday 13 June 2008
Italy VS Romania (0230)

Sunday 15 June 2008
Greece VS Russia (0230)

Monday 16 June 2008
Switzerland VS Portugal (0230)
Turkey VS Czech Republic (0230)

Tueday 17 June 2008
Poland VS Croatia (0230)
Austria VS Germany (0230)

Wednesday 18 June 2008
Netherlands VS Romania (0230)
France VS Italy (02:30)

Thursday 19 June 2008
Greece VS Spain (0230)
Russia VS Sweden (02:30)

10:30 PG

Jumaat, 6 Jun 2008
BAHAGIAN I

ak mmg salah~

sume salah ak~

apa2 sume salah ak~

siapala ak~

hanya tempat dicari tyme susah~

tyme senang, siapala ak~

percayalah.. ini aku~

ak mmg begini~

dan peliknya..

ak tak penah kesah..~

haish~

ak buta kot~

agaknya la~


BAHAGIAN II

ak nak ckp jek~

bnda yg ak da lme nak gtaw~

gpon ak da nak strt study blik~

nak 'free' otak~

xder la sume bwat ak cmnh~

tp mmg mcm tu hakikatnya~

bg sesetgah owg~

seronok kn??

ble hapy2 lupe kwn~

da susah dtg terhegeh2~

agaknya aji, ape patot dibuat kat diowg?

biarkan?

boikot?

tp ak xder la kejam~

tlg gak ar stakat yg mampu~

diam2 kan jek~

sbb xnak sakitkan ati diowg~

nape ak plak perlu risau pasal hati diowg??

sdgkan ak sndri jdik hilang jalan~

cmne nak bwat eh??


BAHAGIAN III

mintak tlg 2 xsalah~

ak xksah pon tlg owg~

xpenah ak mintak reply pape~

ak bg sumthin kat owg pon~

ak xpenah mintak dikembalikan~

ikut seikhlas ati owg la~

tp kalo da idup senang lenang..

lupa kat owg yg penah kowg ganyah dlu..

kan xadil 2~

same jek mane2 owg pon~

ak sndri cmtu agaknya~

then kowg taw npe ak da tak msg spe2~

adil kn cmtu?

semua kna diberi hak sama rata..

melainkan ak terdesak..

ak cri owg yg ak boleh harap..

ley tlg ak semampu dye~

tak menunjuk2 konon dye ley setel masalah~

padahal ape satu takley tlg~

dan ak xsuka memberi atau diberi pengharapan~

sbb ak taw bnda 2 susah~

kalo harapan 2 tak dipenuhi?

bengang, sakit ati, marah sume ada~

btol x?~


BAHAGIAN IV

pelik manusia neh~

kdg2 aku pk gak~

cmne eh rsanya kalo buat org camtu?

seronok?puas ati?

Mungkin~

jdik kepuasan...

yg lebih dahsyat dr isap dadah~

Manusia~

Manusia~

Manusia~



2:41 PTG

Khamis, 5 Jun 2008
Assalamuailaikum..

Maaflah.. Artikel ini hanya diambil dari blog Che Det. Aku tak sempat nak mengarang belakangan ini. Tetapi, apa yang aku ingin sampaikan sebahagiannya terdapat dalam artikel ini. Cuma, pandangan nasionalis yang pemikiran jauh kedepan ini lebih saintifik dan menyeluruh berbanding apa yang aku ingin sampaikan.

sekian..

MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL

*****************************************************************


Artikel ini adalah daripada blog Tun Dr Mahathir Mohammad


Harga Minyak

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.

Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!

Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.

Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.

Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri

Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.

Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa
.

Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.

Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.

Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.

Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.

Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.

Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.

Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.

Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.

7:47 PTG



salam..=)

semalam kira-kira 5.00pm, aku menonton TV ngan abahku..
Terpampang di TV muka Pak Lah..

"saya dengan ini mengisytiharkan petrol naik RM 0.78 dan diesel RM 1.00.."

HARGA BARU selepas 12 malam 4hb.. (mulai 5hb JUN 2008)
PETROL seliter RM 2.70
DIESEL seliter
RM 2.58


Aku diam seketika..

"Along!!Ambik kunci Kancil. P isi minyak bagi full.. Abah drive Wira"
"aye aye sir!!"

Berkonvoi kami ke PETRONAS. Drive dalam Kancil kemetot, aku ekori abahku. Sampai kat sana.. JALAN JAMMED~ Kena berbaris macam kat Indon. Tak pern
ah nak dibayangkan kisah di TV berita luar negara berlaku di Malaysia~


gambar khas yg disnap dari Kancil yang ak drive~
Tempat : PETRONAS Jalan Datuk Kumbar

Punya la lama kena tunggu turn. aku bosan jadi aku snap gambar. Dah tu aku toleh belakang, jalan yang tadinya hanya jammed biasa terus sesak sampai nak bergerak pon tak leh~ Ada sebuah lori merah bawa tong sampai melimpah-limpah semata-mata nak isi diesel~ kawasan pam khas untuk moto?? macam laut~ semua jenis moto ada..

Malam menjelang, jalan utama di hadapan Petronas sesak sehingga 2 km dikedua-dua belah arah~


12:16 PTG

Rabu, 4 Jun 2008
salam...

"adik, 2 minggu lagi datang ambil report blood test k.."
"huh, 2 minggu?? saya nak daftar 18 JUN"
"owh.. kejap.. ok lah, 16 JUN datang ambil.."
"OK~"

pagi tadi aku ke hospital lama, atau sekarang dikenali dgn nama Klinik Kesihatan Bandar Alor Star. Hospital baru di Jalan Langgar..

X-ray
Blood Test (0.001% darah aku disedut..)
Urine Test (kena bebel sebab lupa tulis nama kat borang medical checkup~)

***********************************

Hari ini sepupuku, Mohammaf Ridhuwan b Abd Rahim melangsungkan akad nikah dengan pasangannya, ##### bt #####.. (maaf, aku tak ingat nama~). Kenduri di rumah beliau pada 14 JUN 2008. Mungkin aku tak dapat hadir. Aku ke Langkawi 13-14 JUN~Nak pesan apa-apa?? =)

Minggu yang agak padat..

12:36 PTG

Ahad, 1 Jun 2008
salam..

1 JUN.. dah masuk bulan 6 tahun 2008 Masihi, aku?? tergolek-golek di rumah. entah apa dalam fikiranku ini. A.syik makan, tidur.. Badan dah macam tong~

Hari ini hari ulangtahun TV3 ke 24, dan TUDM yg ke ??.. aku tak ingat~ Aku sendiri jarang nak gunakan internet sekarang. Laptop DELL Latitude ni hanya kadang-kadang ku sentuh. Kenapa? aku dah ada ACER Aspire 4715Z menggunakan sistem pemprosesan Intel Pentium Duo Core dengan RAM 1 GB disamping 160 GB HDD.. RM 1999.00~

Entah berbaloi atau tak.. Bagi aku, cuma ringkas dan lengkap. Tak perlu susah payah. Aku bukan pelajar jurusan IT. Cuma seorang bakal doktor~ Jarum lebih penting dari sebuah laptop.. Bukan begitu?~

Aku terfikir nak mobile blogging.. tapi kredit tak mengizinkan. Sekali send pict ke blog, RM 0.50 ++.Aku topup seminggu RM 10.00, kadang-kadang gunakan SOS kredit~ 2 minggu sekali baru topup. hish..

baiklah.. countdown~ 18 hari sebelum kembali ke alam yang amat ku rindui~ rindu hanya semasa cuti.. ketika sedang lalui?? aku rindukan cuti~ Manusia.. biasalah.

to nadia xavier~
aku xtaw ar pe function kasut 2..~
katanya ntuk dlm Lab.. yer la kowt~
haha

JOM KE SEKOLAH UNIVERSITI..

12:54 PG

profile
MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.

LINKS





infineight 06-07


iluvislam



Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia



ads

YM status



quick message


Free shoutbox @ ShoutMix



REFERENCE

MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL
Bangalore, Karnataka,
INDIA


+919686585425

E-mail :
mqa_ka9011@yahoo.com (primary)
kay_ay9116@yahoo.com

The PRIMARY e mail is also available for
Facebook & Yahoo Messenger.




past
Januari 2008
Februari 2008
Mac 2008
April 2008
Mei 2008
Jun 2008
Julai 2008
Ogos 2008
September 2008
Oktober 2008
November 2008
Disember 2008
Januari 2009
Februari 2009
Mac 2009
April 2009
Mei 2009
Jun 2009
Julai 2009
Ogos 2009
Oktober 2009
November 2009
Disember 2009