salam..=)
sebentar tadi Wany menghantar sms bertanyakan tentang kes "pemecatan Tun Salleh Abbas".. Kes yang menjadi krisis kehakiman pada era tun Dr Mahathir, 1988. Pada ketika itu, 6 orang hakim dipecat akibat dihukum oleh tribunal khas ynag dipengerusikan Tun Abd Hamid Omar kerana disabit atas kesalahan melanggar etika seorang hakim.
Namun, menjadi persoalan kini ialah setulus manakah tribunal yang menjatuhkan hukuman tersebut setelah dikaitkan dengan campurtangan kuasa eksekutif Tun Dr Mahathir pada ketika itu. Setelah dikaji baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim, seorang menteri di jabatan PM mengarahkan kerajaan memohon maaf atas kesilapan memecat hakim-hakim tersebut. Ini kerana pemecatan tersebut atas dasar ingin mengekalkan pengaruh dan kuasa. Perbezaan pendapat dan serangan Tun Dr Mahathir ke atas kehakiman menjadi sebab hakim-hakim dipecat oleh tribunal khas itu.
berikut merupakan artikel daripada Harakahdaily.com:
Rakyat juga ingin tahu apakah peranan sebenar yang dimainkan oleh beberapa orang lagi personaliti yang dilihat sebagai watak utama yang mendukung pemecatan Tun Salleh, dimana mereka ini juga masih hidup hingga ke hari ini seperti :
1) Tun Hamid Hamid Omar (bekas Ketua Hakim Negara dan Pengerusi Tribunal yang memecat Tun Salleh).
2) Tan Sri Abu Talib Othman (Peguam Negara waktu itu dan sekrang Pengerusi SUHAKAM),
3) Tan Sri Haidar Mohammed Nor (Ketua Pendaftar Mahkamah Agung waktu itu),
4) Tan Sri Sallehuddin Mohamed (Ketua Setiusaha Negara waktu itu) dan juga beerapa orang yang lain.
5) Sudah tentulah tidak terkecuali Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas perdana Menteri yang dianggap sebagai orang yang paling tahu kenapakah Tun Salleh amat mustahak untuk dipecat.
berikut merupakan persoalan
1) Apakah sebab sebenar Tun Salleh dipecat Apakah benar dakwaan Tun Salleh di dalam bukunya, "May Day For Justice", bahawa ianya disebabkan Perdana Menteri waktu itu bimbang kemungkinan rayuan UMNO 11 akan dibenarkan sekiranya Tun Salleh bersama dengan 8 orang lagi Hakim Mahkamah Persekutuan membentuk korum penuh bagi mendengar rayuan tersebut dan sekiranya rayuan tersebut dibenarkan kedudukan Dr Mahathir selaku Presiden UMNO tidak akan selamat?Kenapa Tun Hamid Omar bertanding?
2) Kenapakah Tun Hamid Omar yang turut menghadiri mesyuarat tergempar hakim-hakim pada 25 Mac 1988 bagi membincangkan serangan Dr Mahathir terhadap Badan Kehakiman tidak diambil tindakan yang sama ? Kenapa Tun Hamid dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara yang memecat Tun Salleh sedangkan beliau juga hadir di dalam mesyuarat 25 Mac tersebut di mana di dalam mesyuarat tersebut sebulat suara mewakilkan kepada Tun Salleh untuk menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong, yang mana kemudiannya surat tersebut yang bertarikh 26 Mac 1988 telah dijadikan sebab bagi menuduh Tun Salleh melakukan salah laku ?
3) Kenapa Tun Hamid Omar juga turut dilantik sebagai Pengerusi Tribunal bagi membicarakan Tun Salleh sedangkan dia turut mempunyai konflik kepentinmgan disebabkan selaku Hakim Besar Malaya pada waktu itu beliau menjadi orang yang paling utama untuk dilantiuk menjadi Ketua Hakim Negara sekiranya Tun Salleh dipecat ?
Gantung tiga hakim
4) Kenapa Tan Sri Wan Suleiman dan Dato George Seah dipecat dan tiga Hakim lagi digantung disebabkan mengadakan sidang Mahkamah Agung yang megeluarkan perintah injunksi menegah Tribunal dari menyampaikan representasinya kepada yang Di Pertuan Agong sedangkan sebenarnya Tun Salleh sudah memfailkan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar keesahan Tribunal tersebut?
Setakat ini, ex-gratia akan dibayar kerajaan sebagai gantirugi kepada pemecatan hakim-hakim tersebut.
***********************
setakat ini saja yang aku boleh bagitau... sebab benda nih berkaitan isu sensitif, jadi kurang sikit pendedahan kat umum. Maaflah~
Oh ya.. Mimi dapat tawaran JPA untuk kejuruteraan di Perancis..
Tahniah ya Mimi!!=)
mimi mana er?haha Mimi yg bagi soalan spot SPM aritu.. [you-know-who]