<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6316126363923066775?origin\x3dhttp://muhammadqyairilanwarchezainolcs.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
Rabu, 30 April 2008

PARLIMEN MALAYSIA Parliament of Malaysia

salam..=)

Hari ini Parlimen Malaysia mula disiarkan kepada umum secara langsung selama 30 minit di TV1. Aku terlepas untuk menontonnya pagi tadi kerana terpaksa ke rumah mak cik ku.. "Mencari damai yang hilang". Kembali kepada sidang parlimen, KECOH MACAM PASAR. Itu highlights di Buletin Utama tadi. Apa-apalah Malaysia.. Buatlah apa yang patut.. Jangan sampai bangunan Parlimen yang dikatakan Samy Belu 'mampu bertahan sehingga 100 tahun lagi' itu roboh.. Itu ungkapannya sebelum terjadi kisah tragis- bumbung dewan parlimen bocor..haish.

Pagi tadi, Shcoles m
enjaringkan gol tunggal MU. Menewaskan Barcelona, MU layak ke akhir Champion league 2008. Bertambah kerinting lagi rambut Rujkaard, Pengurus Barcelona. Dan satu lagi pasukan akan menentukan nasib ke akhir pagi ini.. Chelsea versus Liverpool. Siapa menang? Entah.. Seimbang.




8:35 PTG

Selasa, 29 April 2008


NUCLEAR WAR EXHIBITION 2008
FROM THE CULTURE OF VIOLENCE TO THE CULTURE OF PEACE :
TRANSFORMING THE HUMAN SPIRIT

Organizer :
SOKA GAKKAI INTERNATIONAL

Co-sponsor :
SOKA GAKKAI MALAYSIA

Exhibition date and venue :
ALOR STAR
ALOR STAR MALL
4-6 MAY 2008

SUNGAI PETANI
VILLAGE MALL
15-18 MAY 2008

KULIM
UNIVERSITI KUALA LUMPUR - MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE
(UniKL MSI)
20-22 MAY

Time :
10 am - 10 pm

***********************************************************************

salam =)
semalam semasa berada di Alor Star, aku terpandang sekeping notis di sana.. sama seperti yang tertera di atas. Melihat kepada tarikh, 4 Mei... Maka tentu dan amat pasti bahawa aku akan ke sana jika tiada masalah.. Insyaallah.. Kenapa? sebab aku amat meminati hal-hal sains sosial dan sudah tentu, sejarah dunia.

Jomlah kepada sesiapa yang nak join.. Masuk percuma. Kalau tak, aku nak ke sana berseorangan.. SMS aku kalau ada apa-apa plan..

sekian~


"those who cannot remember the past are condemned to repeat it"
george santayana
the life of reason, volume 1:1905


12:45 PTG

Ahad, 27 April 2008


salam..=)

Akhirnya stelah bersabar dengan menunda tarikh pembikinan lesen P kereta kira-kira 2 minggu lalu, hari ini aku melengkapkan 'koleksi' P dengan menambah P untuk kelas B2 atau motosikal.

Jadi, Aku penunggang KELAS B2 dan pemandu KELAS D yang sah mulai sekarang..


sekian..

12:42 PTG

Sabtu, 26 April 2008
salam..=)

belakangan ni, msalah sikit nak gunakan internet. Kenapa entah.. Cuma page Freindster sahaj boleh diakses.. Lain-lain? 'Server Error". Nak kata aku tak bayar bil, baru sahaja aku selesaikan beberapa hari lepas.. RM135.95, termasuk tunggakan RM 68.00 untuk bulan Mac.. [biasalah.. Ingat senang ke nak kumpul duit bayar benda alah ni.. Jimat punya habis jimat baru boleh cukupkan duit nak bayar.. ]

Oh ya.. Rumah baru yang masih dalam pembinaan tu tengah disiapkan pemasangan pintu dan tingkap.. Kemidian akan disambung dengan pemsngn elektrik dan air. Jadi, ku sedikit sibuk ke sana sebab nak siapkan awal. Dan aku hanya Online sekarang hanya selepas jam 12 tengah malam. Sebelun tu, adikku yang akan menduduki PMR sibuk sipkan kerja kursus PMR. Aku yang semakkan. Tersangkut la sikit masa nak online.

OK la..
saja nak bertanya khabar..
sekian~

9:57 PG

Rabu, 23 April 2008
salam..=)

maaflah kerana sudah lama tak posting.. Susahlah laptop ni. Stuck Stuck Stuck.. tahu la aku dok Aloq Stuck, skali PC stuck..

Hari ni aku temankan ayah aku ke Lorong Merpati.. Betul-betul depan KSAH.. [chom ngan irfan tak kan tak taw kot?hehe] Nak ke kedai alatan memancing. Ayahku nak beli bulb 6 V.. tempat lain susah nak cari.

[dad : ayahku..
Cina : taukeh tu la..]

Dad : eLoo taukey.. bulb 6V kira macam mana?
cina : satu biji RM2.50..
Dad : mahal betol.. dulu sebiji tak sampai RM 1 ++ saja..?
cian : aiyoo.. Ini Malaysia maa.. Barang naik harga, gaji tarak naik woo..
Dad : haha
cina : sekarang sudah jadi macam Singapore.. Barang mahal..
Dad : haha.. Harga memang naik sekarang. Susah mau hidup...
ok la.. 3 biji RM5? selalu beli sini..
cina : Ok2..

Itulah MALAYSIAku.. Sudah SAMA TARAF dengan SINGAPURA.. tapi BARANG yang SAMA MAHAL.. bukan MAJU macam Singapura..huhu

sekian..~
Kurangkanlah inflasi..
Tingkatkanlah gaji.

8:21 PTG

Ahad, 20 April 2008
salam..=)

Hari ini aku menhantar sepupuku ke Shahab Perdana. Dia nak ke Kulim, nak bekerja bersama tunang abangnya di Pizza Hut BM. Baguslah.. Dapat juga dia jauhkan diri dari dibeelnggu masalah dalaman dalam keluarga kini.

Aku memang kecewa. Ada pihak lain dalam salasilah keluarga sebelah ibu yang nak melaga-lagakan keluargaku dengan keluarga kakak ibuku. Susahlah~ Halnya cuma satu, ada kehadiran orang asing dari Selangor yang lagaknya seperti lelaki walaupun dia seorang perempuan. Ada pihak lain dalam keluarga besar ini yang inginkan dia terus hidup senang lenang dan membiarkn keluarga ini ditimpa bala. Mereka ini lagaknya seperti managih kasih daripada kaum sejenis mereka sendiri. Mungkin orang itu lupa kisah Nabi Luth. Tuhan sendiri menjanjikan di dalam Al Quran. Laknat tuhan itu jelas. Mungkin mereka yang buta agaknya. Disebabkan keluargaku menentang kehadiranya, kami cuba dijatuhkan dan disisihkan dari ahli keluarga yang lain. Tapi mereka silap.. Mereka takkan berjaya. Dan keluargaku sampai mati pun tak akan meyokong kehidupan seperti itu.

Pada zaman Rasulullah dulu, orang sebegini dikenakan tahanan rumah sehingga dia benar-benar insaf ataupun dibiarkan mati di dalam tahanan. Itu sahaja hukuman bagi manusia bersifat sedemikian... Dan hanya kerana membela celaka itu dan mengaburi kesalahan yang dibuat diri dan anak beranak mereka, macam-macam sudah mereka lakukan daripada bercakap belakang, sehinggalah sebarkan SMS fitnah. Dahsyat.. memang dahsyat~

Dan hari ini.. Aku memang kecewa. Amat kecewa. Aku harapkan supaya celaka itu keluar dari lingkungan keluargaku. Kalau Karam Singh Vallia, mungkin dikatakan "seperti mendukung biawak hidup" sambil tangan dihala ke langit.

sekian..~
Semoga Allah memberi jalan kepada kalian..

3:43 PTG

Jumaat, 18 April 2008
salam..=)

sebentar tadi Wany menghantar sms bertanyakan tentang kes "pemecatan Tun Salleh Abbas".. Kes yang menjadi krisis kehakiman pada era tun Dr Mahathir, 1988. Pada ketika itu, 6 orang hakim dipecat akibat dihukum oleh tribunal khas ynag dipengerusikan Tun Abd Hamid Omar kerana disabit atas kesalahan melanggar etika seorang hakim.

Namun, menjadi persoalan kini ialah setulus manakah tribunal yang menjatuhkan hukuman tersebut setelah dikaitkan dengan campurtangan kuasa eksekutif Tun Dr Mahathir pada ketika itu. Setelah dikaji baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim, seorang menteri di jabatan PM mengarahkan kerajaan memohon maaf atas kesilapan memecat hakim-hakim tersebut. Ini kerana pemecatan tersebut atas dasar ingin mengekalkan pengaruh dan kuasa. Perbezaan pendapat dan serangan Tun Dr Mahathir ke atas kehakiman menjadi sebab hakim-hakim dipecat oleh tribunal khas itu.

berikut merupakan artikel daripada Harakahdaily.com:

Rakyat juga ingin tahu apakah peranan sebenar yang dimainkan oleh beberapa orang lagi personaliti yang dilihat sebagai watak utama yang mendukung pemecatan Tun Salleh, dimana mereka ini juga masih hidup hingga ke hari ini seperti :

1) Tun Hamid Hamid Omar (bekas Ketua Hakim Negara dan Pengerusi Tribunal yang memecat Tun Salleh).
2) Tan Sri Abu Talib Othman (Peguam Negara waktu itu dan sekrang Pengerusi SUHAKAM),
3) Tan Sri Haidar Mohammed Nor (Ketua Pendaftar Mahkamah Agung waktu itu),
4) Tan Sri Sallehuddin Mohamed (Ketua Setiusaha Negara waktu itu) dan juga beerapa orang yang lain.
5) Sudah tentulah tidak terkecuali Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas perdana Menteri yang dianggap sebagai orang yang paling tahu kenapakah Tun Salleh amat mustahak untuk dipecat.

berikut merupakan persoalan

1) Apakah sebab sebenar Tun Salleh dipecat Apakah benar dakwaan Tun Salleh di dalam bukunya, "May Day For Justice", bahawa ianya disebabkan Perdana Menteri waktu itu bimbang kemungkinan rayuan UMNO 11 akan dibenarkan sekiranya Tun Salleh bersama dengan 8 orang lagi Hakim Mahkamah Persekutuan membentuk korum penuh bagi mendengar rayuan tersebut dan sekiranya rayuan tersebut dibenarkan kedudukan Dr Mahathir selaku Presiden UMNO tidak akan selamat?

Kenapa Tun Hamid Omar bertanding?

2) Kenapakah Tun Hamid Omar yang turut menghadiri mesyuarat tergempar hakim-hakim pada 25 Mac 1988 bagi membincangkan serangan Dr Mahathir terhadap Badan Kehakiman tidak diambil tindakan yang sama ? Kenapa Tun Hamid dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara yang memecat Tun Salleh sedangkan beliau juga hadir di dalam mesyuarat 25 Mac tersebut di mana di dalam mesyuarat tersebut sebulat suara mewakilkan kepada Tun Salleh untuk menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong, yang mana kemudiannya surat tersebut yang bertarikh 26 Mac 1988 telah dijadikan sebab bagi menuduh Tun Salleh melakukan salah laku ?

3) Kenapa Tun Hamid Omar juga turut dilantik sebagai Pengerusi Tribunal bagi membicarakan Tun Salleh sedangkan dia turut mempunyai konflik kepentinmgan disebabkan selaku Hakim Besar Malaya pada waktu itu beliau menjadi orang yang paling utama untuk dilantiuk menjadi Ketua Hakim Negara sekiranya Tun Salleh dipecat ?

Gantung tiga hakim

4) Kenapa Tan Sri Wan Suleiman dan Dato George Seah dipecat dan tiga Hakim lagi digantung disebabkan mengadakan sidang Mahkamah Agung yang megeluarkan perintah injunksi menegah Tribunal dari menyampaikan representasinya kepada yang Di Pertuan Agong sedangkan sebenarnya Tun Salleh sudah memfailkan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar keesahan Tribunal tersebut?

Setakat ini, ex-gratia akan dibayar kerajaan sebagai gantirugi kepada pemecatan hakim-hakim tersebut.

***********************

setakat ini saja yang aku boleh bagitau... sebab benda nih berkaitan isu sensitif, jadi kurang sikit pendedahan kat umum. Maaflah~

Oh ya.. Mimi dapat tawaran JPA untuk kejuruteraan di Perancis..
Tahniah ya Mimi!!=)
mimi mana er?haha Mimi yg bagi soalan spot SPM aritu.. [you-know-who]

10:05 PTG

Khamis, 17 April 2008


salam..=)

Hari ini menjadi hari terbanyak pernah aku post di blog... 3 post semuanya..
Jadi sekarang aku nak menjawab soalan yang pernah diajukan sebelumnya.. Aku bukan sengaja nak ceritakan hal ni. Cuma beberapa orang belakangan ini suka menanyakan tentang ini.

APA BEZA KOTA SETAR DAN ALOR STAR??

inilah jawapannya..

KOTA SETAR
salah satu daripada daerah di kedah.. Merangkumi kawasan-kawasan kecil daripada Langgar hingga ke Kuala Kedah. Mempunyai 2 kawasan Parlimen iaitu Parlimen Alor Star dan Parlimen Kuala Kedah.

ALOR STAR
ibu negeri Kedah. Hanya merangkumi kawasan kecil daripada jalan Langgar hingga ke Jalan Pegawai. Bukan bermaksud seluruh daerah Kota Setar merupakan Bandaraya Alor Star.. Tidak. Hanya sebahagian kecil sahaja. Sebab itulah KOTA SETAR dan ALOR STAR itu berbeza.

ok?
hehe~

sebelum tu.. SELAMAT HARI LAHIR KE 81..hehe
18 larh..=p

kepada? ABANG P @ AJI...
selamat tua eh?haha


dan..
besok jam 4.00 pagi, aku dan keluargaku akan ke Sungai petani.
Nak melawat Pak Cik dan Mak cik yang akan berangkat menunaikan Umrah...
kena awal la.. Flight awal..huhu

sekian~

9:56 PTG

salam..=)

berikut merupakan apa yang dikutip sebentar tadi..

147,077 People



64%



89


316 WATTS Body Battery Calculator - Find Out How Much Electricity Your Body is Producing -




1:33 PTG

Rabu, 16 April 2008


salam..=)

hari ini, Kedah Darul Aman Football Association telah melakar satu kemenangan ke atas South China Club dalam perlawanan Piala AFC sebanyak 3-0.

Berkedudukan di tangga kedua, berikut merupakan statistik kedudukan Kedah.

1st Leg
KEDAH - VICTORY SC [1-0] 11 Mac
KEDAH - HOME UNITED [1-5] 18 Mac
KEDAH - SOUTH CHINA [3-1] 2 Apr

2nd Leg
KEDAH - SOUTH CHINA [3-0] 16 Apr
KEDAH - VICTORY SC [30 Apr]
KEDAH - HOME UNITED [14 Mei]

RANK
HOME UNITED (singapore) [12]
KEDAH (malaysia) [9]
SOUTH CHINA(hong kong) [1]
VICTORY SC (maldives) [1]

teruskan Kedah..~
Liga Super 07/08 kita dah dapat..




11:46 PTG

salam =)

Soalan hari ini ialah...

KOTA SETAR dan ALOR STAR...
Apa bezanya??

Masa untuk jawapan ialah pada 17 April..

Sekian..~

4:40 PTG



KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PROGRAM MATRIKULASI 2008

Nama : MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR B CHE ZAINOL
Kad Pengenalan : 901106-02-5205
Jurusan : M001 - SAINS
Matrikulasi : Pulau Pinang (KMPP)

salam =)
jadi aku da ditawarkan untuk Matrix di Penang. Selepas ini apa pula? Tawakal jek la.. InsyaAllah, semuanya akan berjalan seperti yang dirancang..

Kita hanya merancang..
ALLAH menentukannya
sekian~

9:20 PG

Selasa, 15 April 2008
salam..=)

laptop ni buat hal lagi.. Kali ni lebih teruk. Tekan 'ON' tapi tak kuar pape.. berterusan selama 2 hari sejak 13hb.. Tengah hari ini, setelah berusaha berjam-jam, aku pulihkannya kembali. Lega.. Aku kembali online macam biasa..

2 Hari yang berlalu, tanpa internet, aku terus kebosanan tiada apa nak dibuat. Aku bukan hantu TV.. Nak baca paper, asyik asyik cerita "Saya akan berundur, tapi bukan sekarang : Pak Lah"... Jadi pagi semalam jam 11, yakni hari Isnin, aku ke POPULAR City Plaza, mencari buku nak dibaca. kenapa POPULAR? Aku ada membership card.. Kalau ada POPULAR's CHOICE, bolehlah less 20%. Penat pusing-pusing, aku memilih 2 buah buku, satu ILMIAH dan satu NOVEL FIKSYEN.

*************************


Tajuk : TUNNELS
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd
Klasifikasi : Detective and mystery stories, English-- Translations into Malay
ISBN 978-983-3892-06-8
Penulis : Roderick Gordon & Brian Williams
Harga : RM 29.90


Kisah yang menarik tentang kisah carigali Dr Burrows yang menemui satu kawasan Koloni di bawah kota London. Anaknya, Wills seterusnya cuba mencari ayahnya yang hilang secara tiba-tiba. Dia turun mencari laluan ke Koloni yang dipenuhi terowong bersama Chesters sebelum ditangkap pihak Koloni dan dibuang ke perut bumi. Cerita yang seakan Harry Potter tapi tak ada magis..
(dan disebabkan terlalu bosan semalam, ak habiskan buku setebal 458ms ni dalam masa 3 jam 25 minit..)



Tajuk : 13 Mei Sebelum dan Selepas
Penerbit : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Klasifikasi : History-Malaysia
ISBN 978-967-61-2073-1
Penulis : Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Harga : RM 20.00


Kisah dan tragedi 13 Mei 1969 yang ditulis berdasarkan kacamata seorang Perdana Menteri. Sorotan lengkap terhadap setiap peristiwa sejak 1967 yang menjadi penyebab kisah 13 Mei 1969, sehari selepas Pilihan Raya 1969. Bacalah.. Mungkin, sifat Melayu itu akan subur semula untuk bangunkan bangsa.
(ini buku pertama yang aku baca semalam sebelum aku baca Tunnels.. Walaupun tak tebal, sekadar 195ms sahaja, namun penumpuan bagi memahami itu amat perlu bagi buku ilmiah seperti ini. Jadi, aku membaca hampir 3 jam..)
*************************

Itu sahajalah setakat ini. Yang pasti, aku akan mencari satu buku yang penting..
MALAYSIA UNDER ABDULLAH : LOST IN TRANSITION..

Sekian~

2:20 PTG

Ahad, 13 April 2008
salam...=)

Nampaknya sasaranku untuk menjadikan blog ini berILMIAH jauh lagi terlencong. Maaflah..~ Tambahan pula aku sedang SANGAT-SANGAT TERAMAT SIBUK SEKALI serta MASYUK meneliti hasil karya yang bertumpu kepada pergerakan sosial dunia kini. Antara yang mencuri perhatianku kini AHMADINEJAD, ABDULLAH BADAWI, krisis OTTOMAN pada akhir kejatuhanya pada abad ke 20, Dinasti di CHINA serta hubungan diplomatik seluruh dunia.

Menarik sebenarnya semua ini. Andaikan aku sendiri berada di Rundingan Meja Bulat Pyongyang... Ataupun bersama IOC meninjau bantahan OLIMPIK BEIJING 2008 serta menjadi pemerhati krisis IRAN dan LUBNAN yang diselangi sokongan SYIRIA.. Mahupun mengorek rahsia ISRAEL dan kesan Perang Ramadhan ke atas dunia ARAB.. SEMEMANGNYA HEBAT!! Aku suka menyelami semua ini dan menjadi sebahagian daripada manusia yang sememangnya peka dengan keadaan semasa.

Bergerak sedikit ke arah GEOGRAFI.. Mengapa Palestin tiada dalam peta dunia? dan.. Perubahan sempadan dunia... Yang penting, GLOBAL WARMING. Antartika serta laisan ozon yang sudah nipis. Perubahan kepimpinan dunia juga SEMEMANGNYA PENTING. Raila ODINGA dan Mwai KIBAKI? MUGABE yang sudah tertewas setelah 20 tahun memerintah? Ramos Horta yang nyaris mati ditembak?EKONOMI?? perubahan kepimpinan eksekutif syarikat? peralihan pegangan saham dan pengambilalihan? Art of War..? OWH..Aku ingin kuasai semua ini..

Mungkin yang diluar sana memikirkan.. "Mungkin ini kanak-kanak gila.." MUNGKIN bagi mereka. Aku? Aku suka begini.. Biarlah dilimpahi sebanyak mana ilmu, ingatlah, ilmu itu dari Tuhan Yang Esa... Hanya umpama setitis air dilautan sahaja ilmu yang mampu manusia kuasai. Jangan lupakan segalanya hanya kerana kekurangan yang kita ada. SAMPAIKAN ilmu yang kita mampu beri..~

BACALAH...~




12:03 PG

Sabtu, 12 April 2008
salam..=)

hari ini aku bosan.. dan aku tak dipanggil untuk educamp Petronas. Tak apalah.. Aku nak medic..hehe

Jadi, saja-saja nak mengupload vedio di sini..



Oh ya.. Ayahku beli Kancil.. Tak kisahla beli apa pun. Cuma harganya AMAT MURAH, RM3800.00 jek..haha Terkejut aku.. Lagi murah dari motor Honda Dream EX5..

sekian~

4:17 PTG

Jumaat, 11 April 2008
Salam..=)
Manissa tag la..hehe jom!

TAGSTUFF : Instructions: Remove 1 question from below, and add in your personal question, make it a total of 20 questions, then tag 8 people in your list, list them out at the end of this post. Notify them in their chat box that he/she has been tagged.


1. What are you craving now?
nothing..=.=

2. What was the last movie you've watched?
L 'change the world'..

3. If you were to be stranded on a desert island, who are the 3 blog buddies you would take with you
one. fitri = nasihat motivasinya mampu membuatkan aku terus berjalan..[nak lari dari dia..haha]
two. Skud = boley gaduh-gaduh.. [perangai TC24..]
three. sapa-sapa nak ikut.. Anybody?

4. Where is the place that you want to go the most?
mana-mana jek.. ikut kepentingan semasa..

5. If you can have 1 dream to come true, what would it be?
mati dalam imannn...

6. Do you believe in seeing a rainbow after the rain?
Memang la.. Nak dengar hukum Fizik ke?

7. What are you afraid to lose the most now?
Iman..

8.Where are you off to after this?
Ak nak p smayang jumaat

9. If you meet someone that you love, would you confess to him/her?
yer la.. [jangan KETAWA k?]

10. List out 3 good points of the person who tagged you.
bnyak sgt la... bagus, baik, cemerlang, gemilang...bla..bla...

11. What are the requirements that you wish from your other half?
xkesah la..

12. Which type of person do you hate the most?
hipokrit.. mmg **** ar..

13. What is your ambition?
I WANT TO BE A DOCTOR.. AN ECONOMIST.. A POLITICIAN.. A CEO..hua3

14. If you have fault, would you rather the people around you point out to you or would you rather they keep quiet?
cakap jek la kalo ak da salah.. aku bkn karnivor..

15. What do you think is the most important thing in your life?
bagiku, semua bnda itu penting..

16. Are you a shopaholic or not?
xder la sangat.. nak beli megi pun takut ke?

17. Find a word to describe the person who tagged you.
relax... [nih ko jwb msa intervew kn?muahaha]

18. What will you do when someone faints in front of you?
tengok kejap..
tengok kejap lagi..
tengok la sikit lagi...
err.. tinggalkan jek la..
[memain jek k? ak xder la kejam..huhu]

19. What makes you different?
err... i'm a technocrate?haha

20. What is your favourite number?
9116.. Ada sesetengah owg yg taw kn kenapa?

seterusnya:
Amii
Dawa
Aji
Wany
Syasya..

10:54 PG


manissa and niny @ KLCC.. hepi burfday eh niny!hehe


KLCC.. Manissa belanja KFC.. Thnxs ya for ur snack plate! nanti aku belanja ko plak eh~


TC24.. Skud and KA..muahaha


makan-makan kat MidValley.. Baru abis tengok movie cerita 'L'..hehe


inilah yang berlaku apabila roomate sejati TC24 bertemu..haha


9hb kat PWTC.. Jumpa Amiirah [amii, aku memang betul-betul ke tandas la masa tu.. Tak da yg tersirat nyer..haha] Pred pun ada.. Jual Gila-Gila kat booth Creative.


Jam 9.00am 7hb.. sebelum masuk interview UniKL..


Food Court @ KLCC.. 7hb selepas interview kanak-kanak engineering.

12:18 PG

Khamis, 10 April 2008



keadaan di UniKL.. Niny, manissa..

Salam=)

Aku sudah melalui segala-galanya tentang MARA. Interview MARA yang mengenjoykan. Bukan apa, dapat atau tak, itu bukan masalah. Itu urusan MARA. Yang penting, aku benar-benar seronok menghadapinya. Memang LAYAN la~


aku, adilla, manissa

KISAHNYA:
[A-panel 1]
[B-panel 2]
[K-aku la..]
kesemua perbualan adalah dalam bahasa inggeris.. hanya ditranslasi semula dalam BM..
B: mari masuk
K:ooh.. K.. [bagi salam]


belum sempat pun nak hulurkan file, si A dah bangun dan ambik..o.O

A: terima kasih sbb datang..
K: sama-sama
A: baiklah.. Nama awak muhammad qyai..qai..err..
K: Muhammad Qyairil Anwar bin Che Zainol
A: ooh..haha baiklah.. Jadi, awak dari Alor Star.
K: ya saya..


masa ni dia tanya semua personal details.. tapi.. bukan kitakna cerita segalanya, dia yang tentukan apa yang dia nak. Tiba-tiba..

A: beritahu saya tentang sekolah awak..
K: saya bersekolah di bla..bla...bla...[singkatkan..hehe] Akhir sekali di MRSM langkawi.
A: awak student MRSM.. Beritahu saya tentang MARA? [ini yang aku tak puas ati ni.. oran lain tak kena pun??wargh2!!]
K: MARA ditubuhkan untuk meningkatkan pencapaian bumiputera dalam bidang industri dan keusahawanan.. bla.. bla... bla.. pengerusi MARA ialah Datuk seri abd Hamid Zainal Abidin. bla.. bla.. bla... Ketua Penngarah ialah datuk Nam Marthinin.
A: ok.. Saya? kamu kenal tak?
K: errr...[mana akau nak taw..>.<]
A: saya Timbalan Pengarah jek.. [wut???]


bahagian korek ditambah paku memaku..

A: awak pilih negara mana?
K: UK
A: kenapa? bagi saya sebab kukuh?
K: Uk Univ top rank bla.. bla.. bla... Research bagus..
A: lagi?
K: err..timba pengalaman..bla..bla..bla..
A: lagi? travel?
K: bolehla..haha
A:haha.. awak nak p study, mana sempat nak travel neh..
K: tarvel minda jek dari Malaysia ke UK.. Maju la sikit..[nak cover..]
A: haha.. kenapa tak pilih India? kan lagi bagus dr UK dalam bidang praktikal..
K: itu praktikal saya akan tumpukan semasa ambil pakar nanti. Sekarang pengetahuan dan praktikal kena diseimbangkan bagi permulaan.
A: jadi selepas UK? pilihan kedua?
K: India..hehe
A: ai, tuka fikiran eh?haha
K: bukan la.. memang ini yang saya susun..[siot tol..]


itulah dia.. bahagian paling lama. nak putar belit apa yang silap cakap. dan sepanjang progress ni, aku dan panel-panel tu keja gelak-gelak jek sbb memang masing-masing pakat nak cover silap..
skang panel B..

B: apa benda PUM ni?
K: PUm satu organisasi yang dibina untuk memajukan pelajar da;lam bidang keusahawanan selain membina daya kepimpinan..bla..bla..bla..
B: jadi, apa kaitan pengurus kewangan dengan perubatan? [dah agak dah..]
K: saya melihat ini dari aspek yang lain.. Sebagai seorang ketua, saya mampu memimpin ahli dalam melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin. Sama macam doktor, tak bekerja seorang, tetapi berkumpulan. Jadi, daya kepimpinan dalam kumpulan itu saya dah tunjukkan dengan mengetuai PUM. yang pasti saya mampu lakukannya dengan baik.. [haha... ayat kelainan]
B:hmm.. bagus..


Jadi, setakat itu sahaja hari itu.. Aku memang kerja senyum jek ditambah ngan panel yang relax. Aku cakap jek, diorang gelak.. Diorang gelak , aku cakap...haha

seperti yang aku cakap semalam, dapat atau tak itu bukan urusan aku. Aku da buat yang terbaik dan aku memang seronok..haha

sekian..

12:26 PTG

salam=)

Pagi ini jam 0432, aku tiba di Shahab Perdana. Sejuk macam siot. Aku naik bas di waktu-waktu amat rendah suhunya tanpa memakai baju sejuk. Itu baru bas.. Entah bagaimana keadaan manusia-manusia yang hidup di dalam igloo nun kutub Utara sana..ntah~

sekarang jam 0454, aku tiba dirumah dan terus online. Rindu benar dengan laptop ni. Aku juga ingin dan mahu mengupload gambar ketika ini. Tapi malaslah.. Besok hari sahaja ya?haha


sekian,
selamat pagi..~

5:11 PG

Ahad, 6 April 2008
salam=)
sekarang jam 1.15pm.. 3 jam lagi aku akan ke KL bersma Aji..
jadi, aku tak akan menulis blog selama eberapa hari kerana ketiadaan internet. Oleh itu, 10hb baharu akan ku tulis semula..

Ucapkanlah selamat berjaya kepadaku dalam menghadapi temuduga MARA...
semoga Allah merahmati diri kalian jua.. dan jua kepada semua rakan yg turut menghadapinya..
amin..

sekian~

1:14 PTG

Sabtu, 5 April 2008

salam=)

Tamat masa penuh 90 minit beserta 4 minit masa tambahan, KEDAH terus mengukuhkan penguasaan setelah menewaskan SELANGOR, 1-0. Gol dijaringkan pada minit ke 18 oleh Saramsak Kram, setelah menerima hantaran Marlon Alex James. Pertemuan yang boleh dikatakan yang paling ditunggu-tunggu oleh semau peminat apabila 2 pasukan teratas Liga Super bertembung bagi menentukan siapa yang berhak menguasai takhta liga..

Cukuplah..
Aku penat jadi panas punggung sebab menonton TV1 tadi..
bola..bola..bola...



Yakinkanlah d
iri sendiri,
Berjuanglah sejiwa murni,
Tekun berani sesungguh hati,

Demi sukan mengharumkan negeri...


Biar jasa jadi kenangan,
Hijau kuning lambang kemergahan,
Jelapang padi tempat sanjungan,

Negeri Kedah Darulaman...

Kedah...Kedah pantang kalah,
Walau sakit jatuh dan rebah,

Bangun lantas semula gagah,

Mujur lalu melintang patah...


Hijau... Kuning tanahku,

Darulaman negeriku,
Hijau... Kuning darahku,
Negeri Kedah Negeriku

sekian~
KEDAH GEMILANG..=)

11:12 PTG

salam=)

post semalam yakni 4 mac aku gagal hantar.. sibuk mengarang esei yang membangga diri. Tak apa larh... kali nh jek pun..hehe

Aku sendiri tak tahu nak veritakan perihal apa-apa disini..
Nanti lah aku usahakan apa yang patut..
sekian~

1:48 PTG

Khamis, 3 April 2008
salam=)

hari ini, ada pendatang baru dalam kawsan rumah keluargaku. Ada ibu mithali yang menumpangkan anaknya di sini. Kesian..~ Anak yang baru dilahirkan itu dibawa ke sini bagi mengelakkan hujan dan panas.. sejuk dan tidak selesa di luar sana.. Ada 3 semuanya anak yang dibawa...

Jom tengok anak-anak ibu tu..



jadi.. inilah mereka..
Kelabu seekor, 3 warna seekor, kelabi gelap seekor..haha
Jadi, selamat datang la.. Ditambah aku yang amat-amat menyukai kucing..=)
[kata orang, suka kucing bermakna orang tu penyayang..ahaha siott.. masuk bakul angkat sendiri..=p]

Dahla.. Aku da bosan hari ni..
sekian..~

10:31 PTG

Rabu, 2 April 2008
salam =)
hari ini, hari bosan.. Aku review jek la semua perkara yang berlaku sepanjang MAC 2008 yang baru menutup tirai 2 hari yang lalu..
  1. 6 MAC-aku fail test JPJ untuk kereta..
  2. 10 MAC-aku bertolak ke Langkawi.. prepare nak ambik result..
  3. 11 MAC-Aku naik kereta di Langkawi. Driver kereta tu mengeksidenkan kami..
  4. 12 MAC-result SPM..
  5. 16 MAC-repeat test JPJ, aku LULUS.. dapat P kereta..
  6. 17 MAC-ambik Aji ngan Faris kat jeti..
  7. 18 MAC-semak course untuk semua application Online.. post-post aku tak apply..
  8. 18 MAC-ke FACON edufair..
  9. 19 MAC-ke Kodiang melawat arip..
  10. 20 MAC-kenduri arwah di kampung.. plus untuk kesyukuran result SPM
  11. 21 MAC-ke edufair MOHEX
  12. 22-31 MAC-aku kebosanan di rumah..
cukuplah.. jom study.. n also TEACHING..
goodluck sume..
sekian~

12:51 PTG

Selasa, 1 April 2008
salam =)
pagi ini, aku baru pulang dari menghabiskan lesen P untuk motosikal. Terus mencapai laptop, kebetulan si Panda sedang online..

"KA.. da boleh check MARA"
"ow..eh?? jap2"


masuk ke www.mara.gov.my, aku terus klik pada semakan program tajaan MARA PILN 2008. masukkan i/c ku dengan penuh cuak dan debaran DAN...

keluar benda neh..



benda yang terlintas dalam fikiranku ketika melihat benda ni:
1. Alhamdulillah... dapat jugak pi interview. Dapat lulus atau tak, nanti usaha lagi..=)
2. TEMPAT : UNIVERSITI KUALA LUMPUR, JLN SULTAN ISMAIL, KL..
WUT?? KL??aduhhh... jauh nun dimana..~ terpaksa menumpang spupu la camni..
Kak Ina! Tumpang boleh??hehe~
3. Minggu lepas budak-budak JPA sibuk.. minggu ni, aku pulak..=.=

apa-apa pun, bersyukur itu penting.. Tak ada TAPI-TAPI..
kepada yang turut disenarai, TAHNIAH.. Jumpa di sana ya!!~

sekian~

10:46 PG

profile
MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.

LINKS





infineight 06-07


iluvislam



Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia



ads

YM status



quick message


Free shoutbox @ ShoutMix



REFERENCE

MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL
Bangalore, Karnataka,
INDIA


+919686585425

E-mail :
mqa_ka9011@yahoo.com (primary)
kay_ay9116@yahoo.com

The PRIMARY e mail is also available for
Facebook & Yahoo Messenger.




past
Januari 2008
Februari 2008
Mac 2008
April 2008
Mei 2008
Jun 2008
Julai 2008
Ogos 2008
September 2008
Oktober 2008
November 2008
Disember 2008
Januari 2009
Februari 2009
Mac 2009
April 2009
Mei 2009
Jun 2009
Julai 2009
Ogos 2009
Oktober 2009
November 2009
Disember 2009