sedang berkumandang di corong speaker laptopku lagu Ketahuan nayanyian Matta.. lagu yang dimuat turun menggunakan Ares.hmm...
yah.. hari ini aku lalui hari yang sama seperti biasa. Yang berbeza cuma pertemuan dengan Pegawai JPJ yang menghalang P ku daripada didapati pada hari ini.. Hanya 16 MAC kelak, penentu perhitungan kali keduaku dengannya.. Ingat wahai JPJ..~ Tak apalah.. Abaikan seketika perkara kecil itu.. Selama ini ku memandu tanpa P atau kompeten jua mampu ku harungi jalan-jalan raya kotaku.. Cuma bezanya antara terbang dan sah. Kecewa?? memanglah.. tetapi bagiku, itu hanya kecil jika dibandingkan dengan kekecewaan yang mungkin ku hadapi 12 MAC kelak-keputusan SPMku.. Kekesalan dengan tindakan sebelumnya yang membawa kejatuhan kepada diri sendiri. Tawakal kepada-Nya..InsyaAllah aku akan hadapi dengan tenang..
Hari ini, aku melihat ayahku membawa pulang peti undi lutsinar SPR dan kelengkapan mengundi pelbagai yang bakal digunakan pada hari mengundi kelak. Juga Encik Posmen telah menghantar UNDI POS beralamat kepada ayahku. Kerana apa? Ayahku akan bertugas sebagai Ketua Tempat Mengundi di Saluran 4 SK Alor Janggus. Jadi, undi pos mewakili undinya pada 8 MAC ini...
Hmm.. Tertarik kisah di Buletin Utama TV3, "RUMAH PENGERUSI SPR DISIMBAH CAT". Malang sungguh nasib. Sudahlah sebelum ini poster hensem dan machonya dikoyak sebahagian ahli Bersih. Kini rumahnya 'ditolong' cat oleh pihak-pihak yang cuba merosakkan demokrasi dan membelakangi perlembagaan. Tak apalah Tan Sri.. ada hikmah tu.. Mungkin isu ini berkaitan dengan pembatalan penggunaan dakwat pencalit jari. Sebabnya, ada pihak yang sudah awal-awal memiliki dakwat itu. mereka dikhuatiri akan mencalit dakwat itu lebih awal dan menyebabkan pengundi tidak dapat mengundi kerana jari sudah dicalit. Kisah ini kini menjadi perhatian di kawasan pedalaman kerana makcik pakcik disana tak tahuu.. kena temberang sikit, dah percaya. nanti macam aman orang tua tu nak mengundi kalau jariinya dah dicalit padahal dia tak mengundi lagi..adeh..
Cukuplah setakat ini..Besok aku nak ke MRSM Transkrian. Nak mengambil sijil PMR dan memeriahkan lagi Hari Akedamik.. Jumpa di sana ya!!~
9:15 PTG
profile
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.