harap maaf.. BLOG masih dalam pembikinan.. sebarang kesulitan, amat dikesali..
kay_ay
malam ni, aku secara sakit ati, kembali mengharungi dunia HTML yang penuh liku-liku.. Lenguh belakang sebab mengadap laptop, pedih mata dihembus angin kipas, bengang disebabkan internet celcom broadband yang lembab umpama kekura berlari.. aduh.. semuanya bercampur baur..
Tapi itulah.. Aku tukarkan juga layout lama yang sebenarnya dikhaskan untuk PRU 12 sahaja.. jadi, aku mencari-cari skin yang sesuai.. bukan untuk diaplikasikan dalam pageku, tetapi untuk dicilok url image yang bakal mewarnai blogku.. Amaran..Ini kerja yang salah. Mencilok hakcipta orang lain tanpa kebenaran. Namun dalam keadaan desperate disebabkan Adobe Photoshop CS yang sudah apa jadi, tersangkut sana sini, ditambah thumbdrive yang memuatkan brush-brush Photoshop juga hilang, maka aku terpaksa mengambil jalan ini.. Instant Image la katakan..
Tapi, ini belim siap sebenarnya.. banyak lagi yang lain.. Aku cuma buat asasnya sahaja. Sekadar nak dijadiakan rujukan dan tema bagi gerakan yang seterusnya. Oh ya, aku tak ubah main content blog ini.. Hanya edit HTML pada layout yang sedia ada pada pageku.. Kerna bagi mengelakkan semua widget dan page element hilang. Almaklumlah, aku malas nak buat semula semua itu.. ambil masa yang lama..ahaha JAdi, bersabarlah~
sekian..
11:34 PTG
profile
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.