Sudah habis keluar keputusan, kini nak mencari-cari ke mana aku nak pergi selepas ini... aku baru sahaja selesai mengisi permohonan PETRONAS untuk tajaan dalam bidang ekonomi. egitu juga untuk MNRB.. Untuk MARA, ku pilih bidang perubatan dan begitu juga UPU. Entahlah.. Ekonomi atau Perubatan?? Kedua-duanya aku minat.. Dan iginku kuasai.. Kini, Aku hanya berserah dan tawakal untuk kehidupanku kelak. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukanya.
Oh ya, berkaitan tentang kerisauan rakan-rakan yang ingin mengambil perubatan, tidak kisahlah Biologi A1, A2 dan B3, peluang terbuka di UPU. Syarat Am UIAM hanyalah kepujian BM dan PAI manakal Syarat Khas ialah B3 Biologi dan lain-lain kurang dari C5, jika aku tak silap. Malah Asasi Sains Hayat UM dan UIAM juga hampir serupa. Tidak terlalu ketat syaratnya. Oleh itu, janganlah terlalu risau.. Cuba try test dulu..=) Rezeki orang berbeza pada tempatnya..Ingat tu~
Kepada yang berada selesa kini, bantulah rakan-rakan yang lain. Mungkin dengan memberi maklumat syarat kelayakan dan kursus yang sesuai akan membantu. Hidup macam roda, sekejap di atas, sekejap di bawah.. Nanti, mungkin hari kita akan dibantu jika dalam terdesak. Dan aku disini memegang prinsip itu. Gembira bersama-sama, susah mesti sama-sama.. Aku tak akan tolak tu dari hidupku. Kepada semua, aku akan membantu setakat mana daya dan keupayaanku.. Tak akan aku tinggalkan terkontang-kanting~ INI JANJI AKU..
kita senyum sama-sama.. gembira sama-sama.. sampai bergaduh pun sama-sama..haha=) tapi, pernah ke ambil hati?? jadi kita akan bersama.. walau apa masalah yang datang..^-^ INGAT TU...~
semoga berjaya=)
8:48 PTG
profile
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.