<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6316126363923066775?origin\x3dhttp://muhammadqyairilanwarchezainolcs.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
Isnin, 25 Februari 2008
tag daripada CHOM..
maaflah.. satu jek, tp cukup panjang kan??haha
------------------------------------------------------

CHOM dah men'tag' aku nampaknya.. SIAPA AKU?? aku ceritakan satu ckuplah.. AKU MINAT POLITIK.. tapi kenapa?? jadi di bawah merupakan huraian ringkas yang kutaip dalam masa 5 minit.. kerana aku ingin keluar ke markas BN di Jalan Langgar...=) [jam 8.14 pm, 25 feb 2008]

Seronok melihat suasana meriah Pilihan Raya Umum ke 12. Perang poster, sepanduk, bendera dan lain-lain yang bersangkutan dengan usaha memancing undi dan pemikiran untuk mengajak orang ramai pakat-pakat pangkah parti masing-masing. Namun, adakah perlu kita menyertai pergerakan politik nih? ataupun sekadar ambil tahu semata-mata. Baca surat khabar, kemudian seronok dok mengumpat parti lawan...


jadi, politik nih penting ke tak kepada orang-orang kebiasaan seperti aku, hanya berusia 17 tahun 3 bulan ketika ini? kalau ditanay kepadaku, aku bukan sekadar minat, tetapi alngkah bagusnya jika dapat menyertai jentera kempen pilihan raya tu. Mungkin ada orang-orang di sekelilingku tak berapa suka apabila seseorang itu menyertai politik. Tapi, apakan daya, aku sememangnya degil dan keras hati dengan sesuatu yang aku sika dan minati. Ditambah lagi dengan sokongan ibu bapaku...

Persoalanya, kenapa aku minat dan ingin menyertai politik? Mungkin ada yang tidak percaya, aku mula meminati politik Malaysia semenjak tahun 1998, era reformasi yang pernah menkucar-kacirkan negara. Ketika itu, aku hanya berusia 8 tahun. Ayahku, seorang yang mengambil tahu hal ehwal politik sejak muda. Pernah menyandang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian Pokok Sena tetapi meletak jawatan setelah menjadi guru. Hampir kesemua ahli politik Kedah, terutama di sekitar Alor Star, rakan karib ayahku. Dan ayahku jualah, yang menyemai minat kepada politik kepadaku.. Dengan menceritakan kisah-kisah politik semasa.

Bagiku, ada sebab lain yang mecuri hatiku untuk bersama politik. Ingin ku tanya, apa bidang paling banyak cabaran? Perubatan? Kewangan? bagiku semua itu hanyalah benda kecil yang hanya susah semasa ingin belajar, tetapi senang ketika pekerjaan. Namun politik bukan sesuatu yang mudah. Politik bermula susah, perlu daripada bawahan. Dan apabila berada di atas, perlu bijak mengimbangi diri agar tak terjatuh kembali ke bawah. Mungkin hari ini kita melihat seseorang itu gah dengan pangkatnya.. Namun tak mustahil besok akan hilang tenggelam...

POLITIK mengajar sesuatu yang tiada pada YANG lain... BANGUNnya susah, JATUHnya senang. HANYA yang bijak menahan kesabaran DAN bijak hadapi PUTAR belit akan berJAYA...


Aku suka begini.. Cabaran yang menggunung. menghadapi pihak lain yang sering memanipulasikan keadaan. Aku ingat lagi, pernah kukatakan kepada seseorang

kalau kita nak hadapi orang yang bijak putar belit, kita kena jadi berkali-kali lebih bijak memutar belit daripada orang lain. Jangan bersuara, hanya tindakan mampu meneggelam dan memusnahkannya...

Mungkin ini ideologi kejam. GILA. tetapi ini aku.. Aku belajar dari kesilapan. Aku tak tahu sama ada ideologiku itu telah mula bertindak ke atas pihak lain. Aku tak sedar tindakanku, tetapi sememangnya ini yang akan ku lakukan jika aku rasa tercabar. Hanya mereka yang pernah merasai, akan tahu betapa pedih kesannya. Turutku petik menjadi sebahagian ideologi hidupku, kata-kata daripada seorang ahli politik semasa perang Dunia 2

aku memenangi peperangan ini kerana musuhku terlambat beberapa minit.

Jadi, dah tahu kenapa aku minat politik?

10:08 PTG

profile
MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.

LINKS





infineight 06-07


iluvislam



Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia



ads

YM status



quick message


Free shoutbox @ ShoutMix



REFERENCE

MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL
Bangalore, Karnataka,
INDIA


+919686585425

E-mail :
mqa_ka9011@yahoo.com (primary)
kay_ay9116@yahoo.com

The PRIMARY e mail is also available for
Facebook & Yahoo Messenger.




past
Januari 2008
Februari 2008
Mac 2008
April 2008
Mei 2008
Jun 2008
Julai 2008
Ogos 2008
September 2008
Oktober 2008
November 2008
Disember 2008
Januari 2009
Februari 2009
Mac 2009
April 2009
Mei 2009
Jun 2009
Julai 2009
Ogos 2009
Oktober 2009
November 2009
Disember 2009