maaflah.. mungkin gambar ini sedikit tembam kerna daku sudah overweight sejak mula pulang bercuti November lalu...
hmmm... menyahut seruan Cuti2 Malaysia dan keinginan untuk membanyangkan slogan Uniknya Singapura itu hanya pada kaca TV, maka aku mengembara jauh ke pedalaman, hanya untuk mengatakan MALAYSIA ITU MENARIK...bukanya Singapura..
oh...rasa sayang ehhh... rasa sayang sayang eh...~ lalalala....~
Bangun sahaja dari tidurku yang enak di waktu sore 6 Februari, aku terus menghadap skrin laptop yang sememangnya sentiasa terbuka. Klik pada ikon smiley berwarna kuning yakni YM, terpandang a*****h sedang on9..maka berchattin sebentar dengan beliau. Baharu shaja sebentar, ak dipanggil ayahku untuk bersama-sama mengenjoykan diri dengan pergi memukat ikan di kampung... owh..
perjalanan melalui satu kawasan ladang getah.. nyaman dan best.. bukan lagaknya seperti bandar ataupun bandar raya yang dimegah-megahkan dengan bangunan yang tidak dibayar cukai pintu, tetapi kawasan yang cool dan memang amat menarik..hmmm
sampai sahaja di sana, kira-kira jam 5 sore, aku menonong-nonong pergi ke sungai yang terketak kira-kira serantai dari rumah nendaku..(serantai??hmm... 10 meter jek kot..) maka dikeluarkan segala peralatan yang konon-kononnya seperti pengail profesional. Ayahku terus menerus memasang pukat ikan. nampaknya perlu direntang melintasi sungai selebar 30 meter...fuhh... Maka, acara membaling tali ke seberang sana sungai bermula. umpama nak tercabut tangan, maka lepaslah tali itu ke destinasinya.
setelah 2 jam bersuka ria, arakian, pada pukul 7, pulanglah keluargaku ke rumah. Pada besok pagi, akanku datang lagi untuk melihat hasil tangkapan pukat yang dipasang tadi.. Tiba di rumah, aku terus makan dan mula menaip blog ku ini... bukan apa, sekadar mengisi masa bosan aku yang tiada isu politik. mungkin bsok, akan ku post keputusan SUPER TUESDAY, perebutan kerusi Presiden US 2008. sekian...
9:49 PTG
profile
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.