<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6316126363923066775?origin\x3dhttp://muhammadqyairilanwarchezainolcs.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
<body>
Selasa, 19 Februari 2008
Fakta...

Sepanjang minggu ini, kelihatan beberapa kisah yang menarik perhatian dunia. Bosan kerna gagal mencari buku yang aku inginkan di Popular, aku merayap ke blog-blog berfahaman kiri dan menemui beberapa kes dan krisis yang pernah melanda negara seperti kerugian MAS, krisis ekonomi 1998 dan kisah menarik tentang Tan Sri Nor Mohamed Yaakob, penyagak Bank Negara yang menjadi orang kuat kewangan ketika ini.

Tetapi sekarang, aku ingin coretkan tentang hal yang berkaitan sejarah dunia. Antaranya ialah:

-------------------------------------------------------------
KEMERDEKAAN KOSOVO, TEKANAN SERBIA


Perdana Menteri Kosovo, Hashim Thaci telah secara rasmi mengisytiharkan kemerdekaan Kosovo di sidang parlimen beberapa hari lepas. kosovo, sebuah wilayah bergolak di Serbia, mendapat sokongan Amerika Syarikat serta negara-negara besar lain. Pihak kementerian Luar Kosovo telah menghantar surat diplomatik bagi membolehkan semua 192 negara di dunia memperakui kedaulatanya sebagai sebuah negara merdaka.


Serbia, kini sedang mendapatkan sokongan Russia bagi membatalkan kemerdekaan tersebut kerana menganggap tindakan itu sebagai tidak sah. Serbia menyatakan alasan bahawa kemerdekaan itu akan memberi kebangkitan nasionalis di wilayah bergolak lain di dunia untuk menuntut kemerdekaan. Setakat ini, Indonesia menyatakan pendirian yang sama berikutan keadaan negaranya yang tidak stabil.
-----------------------------------------------------------
FIDEL CASTRO DAN CUBA..

presiden cuba yang memerintah selama 49 tahun semenjak 1959, Fidel Castro hari iuni meletak jawatan sebagai Presiden negara komunis tersebut. Kedudukan di carribean, merupakan antara negara yang masih kekal menggunakan sistem Komunis yang dibawa Kesatuan Soviet (USSR). Castro yang jatuh sakit dan dimsukkan ke hospital pada Julai 2006, digantikan sementara oleh Raul Castro, adiknya.

Fidel Castro, seorang monarki yang diterima rakyat merupakan salah seorang pihak yang menentang dasar Amerika Syarikat selain Hugo Chaves, presiden Vanezuela. Malah, beliau turut menjadi sasaran pembunuhan CIA pada 1961 dan terlibat dalam krisis peluru berpandu Cuba pada 1962.

Nota ringkas mengenai Krisis Peluru Berpandu Cuba
Pesawat Pengintip Amerika telah mengesan tapak pelancar misil yang dibina di Cuba. Ditakuti akan dibina dan menghadap Amerika yang terletak 90 batu darinya. Kennedy mengeluarkan amaran dan menyekat bekalan senjata ke Cuba.

Sedutan ucapan Kennedy tentang krisis ini.

It shall be the policy of this nation to regard any nuclear missile launched from Cuba against any nation in the Western Hemisphere as an attack on the United States, requiring a full retaliatory response upon the Soviet Union.

To halt this offensive buildup, a strict quarantine on all offensive military equipment under shipment to Cuba is being initiated. All ships of any kind bound for Cuba from whatever nation and port will, if found to contain cargoes of offensive weapons, be turned back. This quarantine will be extended, if needed, to other types of cargo and carriers. We are not at this time, however, denying the necessities of life as the Soviets attempted to do in their Berlin blockade of 1948.

-----------------------------------------------------------
PILIHAN RAYA PAKISTAN...PERVES TERGUGAT.

Pilihan raya Pakistan ditunda daripada 8 Januari lalu akibat ke pembunuhan Benazir Bhutto sedang berlangsung pengiraan undi hari ini setelah pengundian dijalankan semalam. Kini, kerusi parlimen sedang didahului oleh parti pembangkang. Kesannya kelak, semestinya kepada Presiden Perves Musharraf yang kekal menjadi Presiden setelah menguasai undian Pilihan raya presiden pada Disember lepas.


Apa yang ditakuti beliau ialah, jika parti kroninya, Liga Muslim Pakistan-Q kalah kepada 2 pencabar utama iaitu, Parti Rakyat Pakistan pimpinan Asif Ali Zardari, suami Allahyarhamah Bhutto dan Liga Muslim Pakistan-Nawaz pimpinan Nawaz Sharif, maka kemungkinan besar beliau akan didakwa di Mahkamah Agung atas kes salahguna kuasa ketika menjadi Presiden dan Ketua Turus Tentera setelah rampasan kuasa beliau pada 1999.

Mungkin, setakat ini sahaja perkembangan menarik setakat ini.

kay_ay



9:54 PTG

profile
MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL
kritikal dalam memberi sokongan kepada sesuatu dasar. Lebih bersifat offensif bagi menjadikan sesuatu itu sempurna.

LINKS





infineight 06-07


iluvislam



Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia



ads

YM status



quick message


Free shoutbox @ ShoutMix



REFERENCE

MUHAMMAD QYAIRIL ANWAR BIN CHE ZAINOL
Bangalore, Karnataka,
INDIA


+919686585425

E-mail :
mqa_ka9011@yahoo.com (primary)
kay_ay9116@yahoo.com

The PRIMARY e mail is also available for
Facebook & Yahoo Messenger.




past
Januari 2008
Februari 2008
Mac 2008
April 2008
Mei 2008
Jun 2008
Julai 2008
Ogos 2008
September 2008
Oktober 2008
November 2008
Disember 2008
Januari 2009
Februari 2009
Mac 2009
April 2009
Mei 2009
Jun 2009
Julai 2009
Ogos 2009
Oktober 2009
November 2009
Disember 2009